Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Tuesday, January 31, 2012

Terkejut... Mahkamah penjarakan bekas profesor


Mahkamah...Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Bekas dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Dr. Md. Saberi Md. Salleh dihantar ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman penjara setahun selepas rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan atas kesalahan mengesahkan invois palsu ditolak.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Sulaiman Daud memutuskan bekas profesor itu mempunyai niat untuk mengelirukan sedangkan dia tahu peralatan sukan itu tidak dibekalkan kepada universiti berkenaan.

Panel yang turut dianggotai Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Datuk Mohtaruddin Baki menolak rayuan Md. Saberi, 62, bagi mengetepikan sabitan terhadapnya. Md. Saberi ialah bekas profesor di UiTM.

Bagaimanapun, panel itu membenarkan rayuan tertuduh berhubung hukuman penjara tiga tahun yang dijatuhi Mahkamah Sesyen Shah Alam dan mengurangkannya kepada setahun.

Dalam penghakimannya, Hakim Sulaiman berkata, hukuman penjara tiga tahun terlalu berat memandangkan ini adalah kesalahan pertama Md. Saberi.

Mahkamah Rayuan turut mengekalkan hukuman denda RM10,000 atau penjara tiga bulan yang dijatuhkan terhadap tertuduh yang membayar denda itu.

Sementara itu, panel tersebut melepas serta membebaskan seorang ahli perniagaan wanita, Zaleha Abd. Rahman, 52, setelah membenarkan rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM10,000 kerana bersubahat dengan Md. Saberi.

Hakim Sulaiman memutuskan pendakwaan gagal membuktikan Zaleha, pemilik syarikat pembekal barangan sukan, mempunyai niat dan pengetahuan bahawa Md. Saberi hendak mengelirukan universiti itu.

Monday, January 30, 2012

Dibelasah kerana cintai isteri orang


Di Belasah..Gambah Hiasan Je

KUCHING: Gara-gara dituduh mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang, seorang ahli perniagaan menanggung azab apabila dia bukan saja dibelasah 18 lelaki, malah wang tunai serta kenderaan dinaiki turut dilarikan dalam kejadian di sebuah kedai kopi di Padungan, kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 46 tahun dari Taman Malihah menemui ketiga-tiga suspek di kedai berkenaan untuk berbincang pada jam 12.40 tengah hari.

Difahamkan, pertemuan itu antara lain membincangkan dakwaan suspek yang menuduh mangsa mengadakan hubungan sulit dengan isteri seorang daripada mereka namun mangsa menyangkalnya.

Menurut sumber, mangsa mengenali seorang daripada suspek sebelum ketiga-tiga menyerang dan membelasahnya.

“Keadaan berlaku begitu pantas apabila mangsa gagal mengelak sebelum dibelasah. Ketiga-tiga suspek, bagaimanapun tidak berpuas hati sebaliknya memanggil 15 lagi rakan untuk membelasah mangsa kali kedua.


“Kumpulan terbabit meninggalkan mangsa kesakitan akibat cedera di muka dan badan sebelum melarikan kenderaan serta dompetnya,” katanya.
Kata sumber, susulan itu, mangsa membuat laporan polis pada hari kejadian.

“Bertindak atas laporan mangsa, polis melancarkan gerakan sebelum menahan tiga lelaki.

“Ketiga-tiga suspek masing-masing berusia 34 hingga 53 tahun ditahan pada hari kejadian dan kini disoal siasat,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan penahanan itu dan siasatan masih dijalankan..Harian METRO

Saturday, January 28, 2012

Gula Mungkin Tidak Manis Bagi Felda


RAMAI pembahas meminta saya mengulas mengenai cadangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menjual saham anak syarikatnya, Felda Global Ventures Berhad (FGV), di pasaran terbuka dan menyenaraikannya di Bursa Malaysia.

Saya masih tidak bercadang membincangkannya, selain membuat kenyataan fakta berikut:

1. Felda wajib menjual sekurang-kurangnya 25 peratus saham FGV kepada umum melalui tawaran awam permulaan atau initial public offering (IPO) sebelum boleh menyenaraikannya di Bursa Malaysia;

2. Tetapi Felda boleh menjual lebih daripada peratusan itu dan menyenaraikannya di lebih daripada sebuah pasaran melalui “secondary listing”;

3. Dengan baki 75 peratus, Felda masih menguasai FGV kerana pegangan saham minimum yang diperlukan oleh Felda untuk menguasai dan menguruskan FGV adalah 33.3 peratus;

4. Dengan melakukan IPO, Felda boleh mengumpul modal baru. Modal itu boleh digunakan sendiri oleh Felda atau “dipinjamkan” kepada FGV untuk dilaburkan dalam projek-projek baru;

5. Dalam proses IPO, banyak pihak berpeluang mendapat pendapatan/keuntungan dalam bentuk keuntungan modal (capital gain), komisen dan yuran perundingan; dan

6. Sesiapa yang berkedudukan baik atau bernasib baik dan dapat borang merah jambu (pink form), walaupun tidak ada modal, masih boleh “gadai” dan dapat habuan up-front.

Pembelian MSM Daripada Kuok
Yang membimbangkan ialah kemungkinan dasar, strategi dan pelaksanaan kegiatan komersial Felda melalui FGV tidaklah secekap yang didakwa dan diharapkan.

Saya telah mengulas di sini dan di ruangan-ruangan lain mengenai pembelian perniagaan gula Robert Kuok di Malaysia oleh FGV pada tahun 2009 dengan harga RM1.5 bilion, pada saat-saat perjanjian pembelian gula mentah pada harga murah daripada Australia akan berakhir. Malaysia mengimport 90 peratus keperluan gulanya dan Australia adalah antara pembekal utama.

FGV membeli Malayan Sugar Manufacturing (MSM) dan ladang gula Chuping di Perlis daripada Kuok. Tahun lalu, FGV menjual sebahagian sahamnya dalam MSM melalui IPO dan menyenaraikan semula MSM di Bursa Malaysia. Besar kemungkinan FGV telah membuat keuntungan modal daripada penjualan itu.

Dua tahun kemudian, pada tahun 2011, Kuok, melalui syarikat perladangannya, Wilmar yang berpangkalan di Singapura, membeli syarikat pengeluar gula mentah terbesar Australia, CSR, dengan harga A$1.75 bilion (kira-kira RM5.25 bilion).

Kalau dulu Kuok memonopoli perniagaan gula di Malaysia, kini beliau mengusai salah satu punca bekalan gula terbesar di dunia. Beliau kini dianggarkan menguasai 10 peratus perdagangan gula dunia.

Kalau MSM terus membeli gula dari Australia, kemungkinan besar ia membelinya daripada Kuok. Begitulah liciknya “Raja Gula” kelahiran Malaysia, tetapi berpangkalan di Hong Kong itu.

Kekhuatiran mengenai pembelian MSM oleh FGV terbukti apabila harga gula mula naik dan Kerajaan terpaksa memikirkan semula dasarnya untuk mengurangkan subsidi.

Beberapa hari lalu, CIMB Research, cawangan penyelidikan CIMB Bank, meramalkan kesan negatif kenaikan harga gula terhadap MSM, walaupun Kerajaan bersetuju menaikkan kadar subsidi.

Ia mengulas yang kenaikan kadar subsidi (sebanyak 20 sen sekilo kepada 54 sen mulai awal bulan ini) tidak dapat menampung kenaikan harga yang ditanggung oleh MSM.

Ini adalah beban berganda. Walaupun Kerajaan menaikkan kadar subsidi bagi mengekalkan harga pengguna, namun kesannya kepada MSM masih negatif.

Keadaan adalah rumit. Kalau kadar subsidi tidak ditambah, harga runcit gula akan naik dan nama Felda akan busuk. Kalau nama Felda busuk, nama Perdana Menteri pun busuk juga kerana beliau adalah “mentor’ Felda.

Walaupun perniagaan gula adalah monopoli, tetapi sejak awal lagi saya berasa pembelian SMS oleh FGV kurang strategik kerana masalah bekalan gula dunia semakin meruncing dan pengguna tempatan pula sangat sensitif terhadap kenaikan harga.

Juga, sebarang masalah dengan FGV juga boleh menjejaskan kebajikan peneroka dan kakitangan Felda kerana mereka memiliki 51 saham FGV melalui Koperasi Permodalan Felda. Bagi saham FGV dimiliki oleh Felda sendiri.

Sejak dulu lagi saya berasa lebih tepat kalau perniagaan gula dikendalikan oleh sektor swasta. Setidak-tidaknya Kerajaan boleh mengalihkan beban kenaikan harga kepada mereka.

Di pihak lain, ada kebaikan kepada kenaikan harga gula kerana pengguna Malaysia berlebihan menggunakan bahan itu. Selain itu, Kerajaan wajar memikirkan semula dasar subsidi bahan itu kerana, kalau tidak silap saya, pengguna industri dan perdagangan pun menikmati subsidi gula.

Saya cadangkan, cuba minum kopi atau teh tanpa gula atau kurangkan kemanisannya. Bagi saya, rasanya lebih sedap. Saya sudah berdekad-dekad tidak makan gula dan susu pekat manis atas pilihan, bukan kerana penyakit. Di Malaysia, ramai orang berkata mereka kopi atau teh. Tetapi sebenarnya mereka minum air sirap (air gula) berperasa kopi atau teh. A Kadir Jasin

Wallahualam.

Friday, January 27, 2012

Berdosa percaya ramalan kiamat.Mufti


ENTRI blog johneox.wordpress.com mengaitkan kemungkinan berlaku kejadian huru-hara pada tahun 2012. Gambar kecil mohamad shukri.

KUALA LUMPUR - Kiamat bukan satu teka-teki dan orang Islam ditegah daripada mempercayai sebarang teori ramalan mengenai perkara itu sebaliknya perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi detik itu.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, perbuatan mempercayai ramalan hari kiamat adalah berdosa kerana tiada seorang pun di dunia ini mengetahui bilakah hari berlaku kiamat.

Menurut beliau, hari kiamat ialah perkara ghaib yang wajib dipercayai orang Islam kerana ia merupakan sebahagian daripada Rukun Iman dan disebut di dalam al-Quran.

"Nabi Muhammad sendiri pernah memberitahu umatnya perkara-perkara yang menandakan hari kiamat telah hampir tiba tetapi tidak menyatakan bila ia akan terjadi.

"Justeru, persoalan utamanya kini ialah bukan bila hari kiamat akan tiba tetapi apakah persiapan yang telah kita lakukan untuk menyambut ketibaannya," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas entri blog johneox.wordpress.com yang bertajuk 2012: Tarikh Keramat Atau Kiamat yang disebarkan melalui Internet sejak kebelakangan ini.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Thursday, January 26, 2012

Peluk kekasih Walaupun dia dah Mati


ANGGOTA polis memerhatikan seorang lelaki memeluk mayat Kah Kah selepas dia tidak dapat menerima hakikat wanita itu telah mati setelah terjatuh dari tingkat 17 Flat Taman Utara, Batu Uban, George Town semalam.

GEORGE TOWN - Penduduk di Flat Taman Utara di Batu Uban di sini semalam menyaksikan satu kejadian ngeri bercampur sayu apabila mendapati seorang lelaki bertindak memeluk mayat kekasihnya yang terbujur selepas terjatuh dari tingkat 17 selama satu jam sebelum dia mengalah dengan pujukan polis.

Sebelum itu, sepasukan polis telah bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima laporan mengatakan terdapat dua mayat yang terjatuh dari flat tersebut pada pukul 1.20 pagi.

Bagaimanapun, selepas diteliti, polis kemudian mendapati hanya wanita itu sahaja yang mati manakala lelaki berusia 21 tahun itu berbaring di sebelah mangsa sambil memeluk mayat kekasihnya itu.

Dia yang enggan menerima hakikat kematian wanita itu bagaimanapun akur dengan pujukan polis supaya melepaskan mayat kekasihnya kira-kira sejam kemudian.

Difahamkan, wanita itu, Lau Kah Kah, 22, terjatuh selepas dia dikatakan telah berselisih faham dengan kekasihnya menerusi telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada pukul 12.30 malam.KOSMO

Wednesday, January 25, 2012

Rintihan sayu Fifi ketika ditawan Oleh Lelaki Separuh Bogel


FIFI RAMADHANI yang dapat diselamatkan dari menjadi tebusan seorang penagih dadah masih kelihatan lemah ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur semalam. Turut kelihatan ibunya, Santi (kiri).

KUALA LUMPUR – Mangsa tebusan, Fifi Ramadhani Syafruddin hanya mampu merintih dan merayu kepada seorang lelaki bogel dan bersenjatakan pisau agar tidak membunuhnya sepanjang enam jam dia dijadikan tawanan di rumah sendiri kelmarin.

Bapa mangsa, Syafruddin Marlis, 47, memberitahu, dia masih teringat bagaimana keadaan mencemaskan itu berlaku ketika hanya mereka bertiga berada di rumah yang terletak di Lorong Raja Muda Musa, Kampung Baru di sini.

Katanya, dia dapat mendengar rintihan dan rayuan anaknya minta dilepaskan suspek yang merupakan penagih dadah jenis syabu terbabit.

“Anak saya kerap mengatakan jangan bunuh, jangan mengapa-apakan dia dan minta dilepaskan sambil tidak henti-henti menangis. Saya yang tidak mampu melawan kerana kudung kaki sebelah kanan juga merayu perkara yang sama.

“Rayuan kami tidak diendahkan dan suspek memberi amaran supaya tidak mendekatinya jika tidak mahu kami dibunuh,” ceritanya ketika ditemui.KOSMO

Tuesday, January 24, 2012

SPRM...Siasat Pemain Bola Sepak Perlis..



LIGA M musim ini baru memasuki tiga perlawanan tapi gejala rasuah sudah dikesan menyelinap dalam dunia bola sepak tempatan apabila seorang pemain Perlis dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan terhadap dakwaan menjual perlawanan membabitkan pasukan negeri itu.

Sumber dalaman Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) memberitahu pemain muda berusia 20-an, ditawarkan kontrak beraksi bagi musim ini, dipanggil memberikan keterangan Sabtu lalu, selepas didakwa mempunyai maklumat mengenai perlawanan yang menyaksikan skuad Singa Utara tumpas 2-7 kepada Majlis Perbandaran (MP) Muar dalam saingan pertama Liga Perdana, Isnin lalu.

Dipercayai, setakat ini, hanya pemain itu dipanggil SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berkenaan sekali gus menjadi pemain pertama dikaitkan dengan dakwaan rasuah untuk musim ini.

“Pemain itu kemudian dibenar pulang pada hari sama selepas selesai memberi keterangan dan tidak ditahan SPRM,” kata sumber itu yang enggan dinamakan sambil memberitahu pengurusan PFA memang tidak menafikan kemungkinan wujudnya elemen negatif itu.


Penolong Pengurus, Hamunir Hamzah bagaimanapun berkata, setakat ini pengurusan pasukan negeri tidak mempunyai cukup bukti untuk menuduh atau mengaitkan mana-mana pihak dengan kewujudan gejala negatif yang menyaksikan kekalahan ‘memalukan’ skuad Singa Utara itu.

Monday, January 23, 2012

Adik pemain badminton ditikam


Chan Peng Soon

GEORGETOWN: “Saya pulang bercuti untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga, tetapi dikejutkan pula dengan kejadian buruk menimpa adik saya ini,” kata pemain beregu campuran badminton negara, Chan Peng Soon.

Peng Soon tidak menyangka kejadian itu boleh menimpa adiknya ketika mereka sekeluarga bersedia untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.
Adiknya, Chan Peng Kiat, 21, ditemui berlumuran darah dalam tandas di sebuah pusat hiburan pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa parah selepas ditikam.

Menurut Peng Soon, adiknya itu seorang yang baik dan tidak mungkin memulakan sebarang pertelingkahan.
Katanya, dia berharap polis dapat melakukan siasatan dan menahan individu bertanggungjawab menikam adiknya itu.

Sunday, January 22, 2012

Lebuh raya mula sesak..Semalam


SESAK Beginilah keadaan trafik di lebuh raya PLUS berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Sungai Buloh (Arah Utara) semalam.

KUALA LUMPUR - Trafik menghala keluar ibu negara bergerak perlahan sejak lewat petang kelmarin dan semalam berikutan warga kota mula meninggalkan kediaman masing- masing untuk bercuti sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut mulai esok.

Jurucakap PLUSLine ketika dihubungi berkata, berlaku peningkatan trafik di beberapa lokasi di Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke arah utara dan selatan.

Beliau berkata, antara laluan yang dilapor bergerak perlahan adalah dari Nilai ke Seremban, Kota Damansara ke Bukit Lanjan, Sungai Buloh ke Bukit Tagar dan Hentian Rehat dan Rawat Tanjung Malim ke arah utara.

PLUSLine menasihatkan pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan mereka dengan bijak bagi mengurangkan risiko kemalangan dan kesesakan pada musim perayaan ini.

Bagi maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 1800-88-0000 atau melayari Twitter PLUS di www.twitter.com/plustrafik...KOSMO

Saturday, January 21, 2012

Pesanan Terakhir Izwan Pilus Minta Aril Jaga Ibu Bapa


Izwan Pilus dan Aril sering berkongsi masalah bersama. Foto UTUSAN

PETALING JAYA: Penyanyi Khairil Azam Pilus atau Aril memberitahu tidak dapat melupakan pesanan abangnya, Allahyarham Khairil Izwan Pilus, 33, supaya menjaga ibu dan ayah mereka.

Selain amanat itu, Izwan pernah memarahi Aril yang masih tidak tahu melipat baju kira-kira tiga minggu lalu itu.

"Semua ini berlaku dengan begitu pantas. Saya tak sangka abang (Izwan) pergi secepat ini. Masih terngiang-ngiang di telinga saya apabila dia memberi kata-kata akhir yang dia sayangkan saya dan meminta saya untukmenjaga mak dan ayah.

"Malah tiga minggu sebelum meninggal, dia ada memarahi saya kerana tidak tahu melipat baju. Katanya; ‘Kau ni bila nak pandai lipat baju’?Nak tunggu aku mati ke baru nak belajar?'," katanya sebak.

Izwan meninggal dunia di Hospital Ampang, dekat sini kira-kira pukul 6.15 petang Jumaat, akibat terkena jangkitan kuman dalam darah dan virus kencing tikus yang serius.
Mengimbas tentang karakter Izwan, kata Aril yang merupakan bintang Akademi Fantasia ke Tujuh (AF7), penyanyi itu seorang yang bersifat pelindung dan selalu membantu keluarga ketika dalam kesusahan. Malah Izwan begitu bijak dalam menguruskan hal keluarga.

Dalam pada itu, Aril dan abangnya itu turut merancang untuk menghasilkan sebuah single duet bersama, namun impian itu tidakkesampaian.

"Nampaknya impian kami untuk menyanyi berduet tidak tercapai dan saya pun tak pasti apa yang perlu dirancang selepas ini memandangkan abang dah tak ada," ujarnya ringkas.


Ketika di hospital, lebih daripada 100 orang termasuklah keluarga, rakan-rakan artis dan pihak media memenuhi kawasan bilik mayat untuk melihat Allahyarham buat kali terakhir.

Penyanyi Farhan (AF) yang datang bersama tunangnya berkata, dia terkejut dengan berita kematian teman akrabnya itu.



"Walaupun sedih dengan pemergiannya, saya reda dengan ketentuan Ilahi. Sekurang-kurangnya saya adalah orang yang terawal datang ke hospital untuk melihatnya buat kali terakhir.

"Memang perasaan saya sangat sedih kerana kami telah mengharungi pelbagai kenangan pahit dan manis bersama sejak berkenalan pada pertandingan nyanyian Bintang RTM pada tahun 2004.

"Dia seorang yang begitu baik dan suka menyakat rakan-rakannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat," kata Farhan.

Pelakon dan penyampai radio Suria FM, Kencana Devi pula berkata, sehingga kini dia masih lagi tidak dapat menerima kehilangan Izwan kerana usia yang terlalu muda.

"Susah untuk saya terima tentang pemergiannya. Berdasarkan apa yangsaya tahu, Izwan seboleh-bolehnya tidak mahu menyakiti hati sesiapa dan kerana itu dia dikelilingi ramai teman hari ini," ujarnya.

Selain Farhan dan Kencana, antara selebriti yang melawat Allahyarham di hospital ialah Farawahida, Zed Zaidi, Akim dan Hafiz (AF), Azza (Elite) dan Roslan Shah.

Izwan merupakan finalis Bintang RTM 2004 telah menghasilkan album “Erti Kasih” yang memuatkan lagu “Kembali Senyum”, sebuah lagu saduran yang dipetik daripada drama “Full House” dari Korea Selatan.

Dia juga aktif menjadi pengacara untuk beberapa program terbitan RTM.

Terdahulu jenazah Allahyarham yang di bawa pulang ke kampungnya pada Jumaat selamat dikebumikan kira-kira pukul 10.30 pagi Sabtu, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Palembang Gubah, Jasin, Melaka. MSTAR online

Friday, January 20, 2012

Semakan Keputusan Kemasukan Ke MRSM Tingkat 1 Dan Tingkatan 4 2012



Semakan Keputusan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 bagi tahun 2012 boleh dibuat pada hari ini 20/1/2012 bermula jam 10.00 pagi.

Sila klik pada link berikut:

Keputusan Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1

Keputusan Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 4

Semoga anak anda berjaya ye..dan di ucapkan tahniah

Thursday, January 19, 2012

Merancang atau Perancangan ????


salam buat semua...

Dalam bulan ini..kebanyakan kakitangan awam mahu pun swasta.. diberi tempoh sebulan untuk membuat perancangan kerja bagi tahun 2012.
Apa yang musykil ini dalam ayat perancangan tu.. ayat asal dari kalimah rancang, merancang baru la mai perancangan...iaitu apa yang dirancang...

Bulan ini aku dan kawan kawan buat satu sumbangsaran ( brainstorm ) dalam memberikan idea yang terbaikkkkkk kepada organisasi aku bagi memantapkan keberkesanan kerja kami.

Biasa la ada yang bagi idea yang bernas..dan ada yang senyap je.. kerana takut bagi idea..nanti orang kata idea bodoh atau takut kena buat kerja apa yang dia rancangkan...Apa apa pun..idea yang kita keluarkan adalah kerana Allah..dalam Al Quran menegaskan bahawa.." Kita merancang tetapi Allah adalah sebaik baik perancang"

Wednesday, January 18, 2012

Akibat di dera suami..Guru Minta tukar Sekolah


SITI MUNIROH menerima kunjungan Tengku Zainol (dua dari kiri) di kediamannya di Kampung Alor Buluh, Alor Setar, Kedah semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


ALOR SETAR – Seorang guru wanita yang mendakwa menjadi mangsa pukul suaminya yang panas baran kini boleh menarik nafas lega apabila dia dihubungi dua pegawai daripada Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sabah semalam yang memaklumkan permohonannya sedang diproses.

Siti Muniroh Mohd. Shukri, 31, berkata, panggilan pertama diterima daripada seorang pegawai daripada kementerian pada pagi semalam sebelum disusuli JPN Sabah pada sebelah petang.

“Kedua-dua pegawai memaklumkan permohonan pertukaran sekolah yang saya buat sedang diproses dan pihak JPN Sabah akan turun ke Putrajaya untuk berbincang tentang perkara ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Alor Buluh, Jalan Datuk Kumbar di sini semalam.

Dia ditemui selepas menerima kunjungan daripada Yang Dipertua Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK), Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya dan Pengerusi Yayasan Prihatin Kemiskinan dan Pendidikan Kedah, Zuraidi Rahim.

Kata Siti Muniroh, perkembangan mengenai permohonannya itu memberikan sedikit harapan untuknya menyambung semula tugas sebagai seorang guru Bahasa Melayu yang terhenti sejak Julai tahun lalu.

“Saya berasa lega sedikit dan nampak ada harapan berbanding sebelum ini yang kerap menemui jalan buntu setelah permohonan dibuat gagal,” katanya lagi.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Tuesday, January 17, 2012

Kapten kapal ingkar arahan..Sebab tu kapal Karam


SEORANG wanita melihat kapal mewah Costa Concordia yang terbalik di Pulau Giglio. Itali kelmarin.

ROM - Ketua Eksekutif pemilik sebuah kapal mewah yang terbalik di Pulau Giglio, Itali menyatakan kapten kapal berkenaan membuat keputusan yang tidak disahkan semasa dia cuba mengubah haluan.

Menurut ketua eksekutif itu, Pier Luigi Foshi semalam, pihaknya tidak bersekutu dengan kapten tersebut, Francesco Schettino ekoran perbuatannya itu.

Namun, kata Foshi, pihaknya akan menyediakan bantuan perundangan buat kapten kapal tersebut yang telah ditangkap pihak berkuasa.

Menurutnya, kapal berkenaan yang terbalik pada Jumaat lalu mempunyai laluan perkapalannya yang telah diprogram.

Dia berkata, alat penggera akan berbunyi jika ia berubah haluan.

"Laluan itu telah ditetapkan dengan betul. Secara faktanya, ia terkeluar dari laluan kerana satu sikap muslihat daripada komander (kapten kapal tersebut) yang tidak diluluskan," katanya.

Setakat ini lima orang telah disahkan mati manakala 15 mangsa lagi masih hilang semasa ia membawa 4,200 orang pada malam Jumaat lalu.

Kapal Costa Concordia itu terbalik selepas ia melanggar batu di pulau tersebut.

Kerja-kerja mencari mangsa dihentikan buat sementara semalam ekoran laut bergelora. - Agensi

Monday, January 16, 2012

Tragedi Kapal Mewah Costa Concordia ..mungkin ramai mati


KAPAL mewah Costa Concordia tersadai dan mula karam di perairan Pulau Giglio di utara Itali selepas terlanggar batu karang malam kelmarin ketika menuju Laut Mediterranean. Sekurang-kurangnya 39 orang masih hilang sehingga malam tadi

ROME: Operasi menyelamat penumpang kapal mewah Itali yang terbalik di Laut Mediterranean berlanjutan selepas sepasang suami isteri yang berbulan madu ditemui hidup, semalam.

Awal malam tadi (waktu Malaysia), penyelamat berjaya menarik keluar mangsa ketiga - pengarah perkhidmatan kabin, Manrico Giampedroni, 57, yang ditemui dalam satu daripada kabin kapal berkenaan yang separuh tenggelam.

Dia dipercayai mengalami patah kaki.

Lebih 4,000 orang dipindahkan apabila kapal Costa Concordia terlanggar batu karang di luar pantai Tuscany malam kelmarin.
Dua penumpang warga Perancis dan seorang kru Peru disahkan mati, tetapi sehingga malam tadi, 38 orang masih hilang.


Pasangan pengantin baru yang diselamatkan itu berasal dari Korea Selatan.

Mereka - kedua-duanya berusia 29 tahun - terperangkap dua tingkat di bawah geladak apabila kapal berkenaan tiba-tiba karam.

Seramai 35 orang penyelamat mengambil masa 90 minit mengeluarkan pasangan terbabit pada awal pagi semalam (waktu tempatan) selepas mendengar mereka menjerit meminta tolong.

Menurut pasangan terbabit, mereka tidak melihat atau mendengar mangsa lain sepanjang tempoh 24 jam terperangkap di situ.

Sementara itu, kapten Costa Concordia, Francesco Schettino, ditahan bersama pegawai pertama, Ciro Ambrosio, di Balai Polis Porto Santo Stefano, Itali, untuk disoal siasat mengenai insiden itu.

Pegawai pendakwa, Francesco Verusio, pula menyiasat kemungkinan untuk mengenakan tuduhan membunuh dan meninggalkan kapal ketika penumpang masih dalam bahaya.

Katanya, kapal berkenaan menghampiri Pulau Giglio melalui “jalan salah.”

Sumber pula berkata, Schettino, 52, meninggalkan kapal itu kira-kira jam 11.30 malam (waktu tempatan) - kira-kira sejam selepas ia terlanggar batu karang.

Penumpang terakhir pula diselamatkan kira-kira tiga setengah jam kemudian.

Penyelamat berkata, mungkin ada mayat belum ditemui di bahagian kapal yang dimasuki air.

Jurucakap bomba, Luca Cari, berkata pakar selam akan memeriksa bahagian dalam kapal itu untuk mengetahui keadaan sebenar.

“Kami tidak menolak kemungkinan lebih banyak korban dicatatkan,” katanya.

Laporan sebelum ini mendakwa, 29 pekerja dapur warga Filipina dikhuatiri terperangkap di bahagian bawah kapal sepanjang 290 meter itu. - DM..H Metro

Saturday, January 14, 2012

‘Pernikahan Orkestra’ Hanya disentuh 2 kali setahun


KUALA LUMPUR: Seorang isteri kedua menjadi mangsa ‘pernikahan orkestra’ yang dirancang dengan sempurna oleh suaminya termasuk majlis kenduri, sebelum dia digantung tidak bertali sejak lima tahun lalu.

Wanita berusia 31 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Farah berkata, sebelum berkahwin mereka berdepan masalah kerana suaminya tidak mendapat persetujuan isteri pertama.

“Jadi, perkahwinan kami tertangguh hampir setahun. Namun, tiba-tiba muncul seorang lelaki dan memberitahu dia mengenali jurunikah yang boleh menikahkan kami biarpun tanpa keizinan isteri pertama.

“Kami bernikah pada pertengahan 2007 dengan jurunikah dan saksi disediakan kawan suami saya dan majlis berlangsung meriah siap dengan kenduri,” katanya.
Bagaimanapun, kata Farah, tembelang suaminya menggunakan sindiket jurunikah palsu untuk urusan perkahwinan itu terbongkar selepas dua bulan berkahwin apabila dia mendapat tahu suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.Harian metro//

Thursday, January 12, 2012

Kenapa Malaysia Menjadi Pusat Transit dadah ?



Baru baru ini Lima juta pil syabu bernilai 630 juta ringgit dirampas Jabatan Kastam Di-Raja Malaysia dan Polis Di-Raja Malaysia, malam tahun baru lalu.

Dengan berat lebih 900 kilogram, jika diproses semula, ia boleh menghasilkan 80 juta pil.

Sekaligus rampasan terbesar dalam sejarah.

Ketua Penolong Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan, Datuk Zainul Abidin Taib berkata, rampasan 8-30 malam 31 Disember lalu.

Pasukan khas ditubuhkan, telah mengekori sebuah van dan sebuah kenderaan pacuan empat roda dinaiki suspek dari plaza tol Bukit Raja di Klang.

Ia selepas maklumat orang awam memaklumkan, kenderaan berkenaan membawa barang larangan.

Setibanya di susur keluar plaza tol Bukit Tagar, pemeriksaan dilakukan.

Hasilnya 50 kotak mengandungi lima ribu botol pil jenis syabu ditemui.

Dua lelaki tempatan dan masing-masing seorang warga Singapura serta Taiwan turut ditahan.

Semua mereka berusia antara 40 hingga 50 tahun.

DATUK ZAINUL ABIDIN TAIB / Ketua Penolong Pengarah Kastam (Penguatkuasaan)

"Kita percaya memang ada sindiket yang terlibat kerana jumlah dadah yang dibawa masuk begitu banyak. I think this is the biggest so far in the year of 2011. Kita masih lagi menjalankan siasatan daripada mana sebenarnya ia dibawa masuk".

Dalam satu lagi rampasan berasingan, 10.2 kilogram syabu dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, 8-45 malam 1 Januari lalu.

Tiga lelaki baru tiba dari negara Eropah.

Sebaik bagasi mereka diperiksa menggunakan mesin pengimbas, terdapat imej mencurigakan dikesan.

Siasatan menemui 3.4 kilogram syabu disorok dalam beg mereka.

Ketiga-tiga suspek kini direman tujuh hari.

Kes disiasat mengikut seksyen 39-b, Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kita pun Hairan Kenapa Malaysia Jadi Pilihan untuk transit Dadah ?

Tuesday, January 10, 2012

"Kalau Ada Emas Orang Di Jalan Mewah Dah Lama Hidup Mewah" - Penduduk


Orang ramai masih mencari batu-batu yang dipercayai emas di Jalan Mewah, Kg Melayu, Johor Bahru pada Selasa walaupun ia telah disahkan sebagai bukan emas. - Foto ABDUL RAHMAN EMBONG/ The Star.

JOHOR BARU: Walaupun para pakar telah mengesahkan bahawa bahan mineral yang berkilau keemas-emasan yang ditemui dengan banyaknya di Jalan Mewah, Kampung Melayu di sini sebenarnya bukanlah emas tetapi itu masih belum cukup untuk menghalang orang ramai daripada terus menyerbu untuk mencari 'logam berharga' tersebut.

Malah, jumlah yang datang semakin bertambah setiap hari dan mula merimaskan para penduduk yang mendiami sepanjang Jalan Mewah di kampung berkenaan.

Jalan Mewah telah menjadi perhatian ramai di bandar ini selepas pertemuan apa yang didakwa sebagai emas sekaligus mengundang para 'pencari emas' ke kawasan berkenaan sejak lima hari lalu.

Seorang surirumah, Mutiara Hamid, 48, berkata, dia masih belum berputus asa yang dia akan menemui emas walaupun batu-batu yang berkilau yang telah dibawanya ke kedai emas disahkan bukan emas yang sebenar.

"Tukang emas itu memberitahu saya bahawa batu-batu yang saya bawa itu bukan emas dan saya berasa sedikit kecewa tetapi saya masih belum berputus asa dan akan terus mencari sehingga saya temui emas," katanya.

Seorang penduduk tempatan, Shukor Johari, 42, pula berkata, jumlah pengali emas yang semakin bertambah setiap hari telah mendatangkan masalah kepada orang ramai.

"Mana ada emas di situ...jika ada emas sekali pun semua orang yang tinggal di Jalan Mewah dah jadi mewah dah sekarang," ujarnya.

Kata Shukor, mereka menerima bantuan peruntukkan untuk melebarkan jalan dan perparitan daripada ahli parlimen Johor Baru, Datuk Shahrir Abdul Samad tiga minggu yang lalu dan akibat aktiviti cari gali ini habis jalan itu semua dirosakkan oleh mereka yang datang menggali emas.

Dalam pada itu, seorang tukang emas, Eric Wong, 55, berkata, tiga orang telah berkunjung ke kedainya sejak beberapa hari lalu dan mahu menjual apa yang mereka dakwa sebagai emas.

"Tetapi saya dapati, ia bukanlah emas tulin dan tidak mempunyai apa-apa nilai komersial," kata Eric.

Pengarah Jabatan Geosains dan Mineral Johor, Shahar Effendi Abdullah Azizi berkata, apa yang ditemui di Jalan Mewah itu hanyalah sebahagian daripada batu granit yang mengandungi bahan mineral "pyrite" atau besi sulfit.

"Batu-batu ini juga dikenali sebagai emas palsu kerana warnanya yang berkilau keemas-emasan dan ramai yang tidak ada pengetahuan mengenai bahan mineral akan menyangka apa yang mereka temui itu sebagai emas," kata beliau.

Monday, January 9, 2012

Berita Terlaris Hari Ini...Ternow la dikatakan...



Keputusan liwat II: Anwar TAK bersalah!
9.32am: Dalam reaksi spontannya, anak Anwar - Nurul Izzah menulis di Twitter:

"Judge: reading results immediately. Evidence not corroborated. Papa is acquitted! Takbir!"

9.23am: Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebas dan dilepaskan.

Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik.

"Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful."

Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menanggis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan.

Semoga semuanya selesai.....

Berita Semalam 8/1/2012



PAS pecat Hasan Ali
2:45PM Jan 8, 2012
PAS membuat keputusan memecat pemimpin kontroversinya Datuk Hasan Mohd Ali sebagai anggota parti itu berkuatkuasa serta merta.

Keputusan terhadap exco kerajaan Selangor itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu lebih tiga jam di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemecatan itu dibuat berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan PAS.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS," kata Abdul Hadi.

Pengumuman itu juga disiarkan di tvpas.com. Malaysia kini.com

Sunday, January 8, 2012

Ribut matahari bukan kiamat



BANYAK ramalan menyebut 2012 merupakan tahun berlakunya kiamat. Teori kemusnahan alam semesta kaum Maya telah dipopularkan menerusi filem 2012 hinggakan filem tahun 2009 itu meraih kutipan global sebanyak AS$769 juta (RM2.3 bilion).

Nostradamus, si peramal tersohor Perancis turut menamakan 2012 sebagai tahun kemusnahan planet-planet, manakala para ahli astrologi China dari Dinasti Chang mengatakan akan berlaku bencana besar tahun ini.

Oleh kerana itu, apabila saintis menjangkakan fenomena ribut matahari terjadi pada pertengahan 2012 hingga 2013, mitos kiamat yang dicanangkan sebelum ini terasa bagaikan semakin hampir.

Dalam ilmu astrologi, matahari merupakan bintang yang terletak paling dekat dengan bumi iaitu sejauh 149 juta kilometer. Ia mempunyai suhu teras 15 juta darjah Celcius dan telah terbentuk lebih 5,000 juta tahun yang lalu.

"Ribut matahari berlaku akibat peningkatan suhu matahari daripada kadar normal. Suhu panas itu menyebabkan ia mengeluarkan gas yang sebahagiannya akan masuk semula ke dalam matahari.


ANDAIAN bumi akan musnah pada 2012 mitos semata-mata.

"Bagaimanapun, sebahagian gas itu berlegar di ruang angkasa dan memasuki atmofera bumi. Fenomena itulah yang digelar ribut matahari," kata seorang pakar astronomi tempatan, Shahrin Ahmad.

Namun, beliau berpendapat ribut matahari tidak akan memusnahkan bumi. Malah, kejadian ribut matahari sampai ke bumi jarang berlaku kerana ia dihalang oleh lapisan atmosfera dan medan magnet bumi.

Kesan

"Ribut itu akan termusnah sendiri sebelum sampai ke daratan. Tetapi jika ia menembusi lapisan atmosfera dan medan magnet bumi dengan saiz dua atau tiga kali ganda melebihi saiz bumi, kerosakan besar boleh berlaku.

"Apa pun, ia terhad kepada kerosakan peralatan elektrik dan sistem telekomunikasi seperti satelit, sistem penerbangan dan Internet," kata Shahrin.


RIBUT matahari berlaku disebabkan bintang itu menjadi lebih panas berbanding suhu biasa iaitu 15 juta darjah Celcius.

Beliau memberitahu, kesan ribut matahari pernah dirasai di bumi pada tahun 1859. Akibatnya, sistem telegraf di Amerika Syarikat dan negara Eropah lumpuh sama sekali.

"Peristiwa itu dinamakan Carrington Event. Begitupun, kejadian itu kini boleh dielakkan dengan dua satelit peninjau matahari bernama Stereo yang dilancarkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) Amerika Syarikat.

"Kedua-dua satelit itu berperanan mengumpul data untuk memahami dan meramalkan ribut matahari sebagai persediaan awal jika ia berlaku," ujarnya.

Shahrin menambah, memang wujud kebimbangan bahawa ribut matahari kemungkinan menjejaskan struktur asid deoksiribonukleik (DNA) manusia namun beliau berpendapat perubahan DNA itu lebih disebabkan oleh kesan rumah hijau dan pelepasan gas beracun radioaktif.

"Makanan, radioaktif dan bahan kimia yang meresapi tubuh boleh mengganggu sistem tubuh tetapi ia tiada kaitan secara langsung dengan fenomena ribut matahari," tegasnya.

NASA sebelum ini meramalkan ribut matahari akan kerap berlaku sepanjang tahun 2012 dan 2013. KOSMO

Thursday, January 5, 2012

Fikir Fikirkanlah Wahai Remaja yang Berwawasan Demi Untuk bangsa Dan Negara


Salam Buat semua...

Jadikanlah kita sebagai remaja yang berwawasan..dalam membangunkan negara :
Antaranya..menjadi remaja yang yang berakhlak mulia dan bertaqwa kepada Allah.

Saya bukan hendak mengaib sesiapa... tetapi ini adalah lumrah dunia yang membawa kebahgiaan kita dunia dan akhirat..
Kita menceritakan tentang kebaikan sebagai tauladan dan yang buruk sebagai sempadan.
janganlah kita apabila berjaya sedikit diusung ke sana ke sini , sebagai jemputan memberi motivasi kepada orang lain..
tapi akhirnnya walaupun pendidikan kita berjaya, tetapi penampilan kita berbeza sama sekali dulu dan sekarang. Bagaimana hendak menjadi ikutan remaja masakini bagi meneruskan wawasan yang direncanakan. Fikir fikirkanlah

Tuesday, January 3, 2012

Terkini..hot..Kesian Nor Amalina pelajar yang mendapat SPM 17A...telah berubah wajah..?



Inilah gambar beliau sebelum ke United Kingdom..Semoga beliau kembali kepangkal jalan..ye..
Terkini ..5/1/12..beliau telah membuat sidang video di u tube.. memohon maaf serta minta buang gambar dia.beliau masih ok .moga moga beliau mendengar nasihat dari rakyat Malaysia

Mampukah kita tinggal Di Hotel Ais Di Belanda



Hotel ais ada tiga bilik di Belanda

ZWOLLE, Belanda - Sebuah hotel ais menawarkan harga untuk satu malam sebanyak penginapan AS$259 (RM821) termasuk sarapan pagi bermula pada 3 Disember hingga 29 Januari ini.

Hotel itu dilengkapi dengan jubah mandi, dua pasang selipar, sebuah katil dan bar mini.

Suhu hotel itu adalah di antara enam hingga lapan darjah Celcius.

Seorang pengunjung, Van Heijst berkata, dia memakai tiga pasang seluar semasa berada di dalam bilik hotel tersebut.

"Ia merupakan satu pengalaman yang menarik tetapi pastinya hanya untuk satu malam sahaja," katanya. - AFP

Dahsyat noo macam macam depa reka ye

Sunday, January 1, 2012

Demo UPSI: Siswa cedera, 20 ditahan



Kira-kira 20 aktivis mahasiswa ditahan polis dan seorang cedera dalam perhimpunan prokebebasan akademik di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim malam tadi.

Menurut saksi, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang dibawa ke hospital berdekatan setelah gagal mendapat rawatan di klinik berdekatan.

Dakwanya, mulut pemimpin mahasiswa itu kelihatan berdarah setelah cuba diredakan polis dalam perhimpunan yang disertai kira-kira 60 itu.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dalam Twitter mereka mengesahkan Muhammad Safwan dibawa ke Hospital Tanjung Malim sebelum dipindahkan ke Hospital Slim River.

Pemimpin Pemuda PKR Rozan Asen Mat Rasip -- yang kemudiannya berkumpul bersama NGO yang rapat dengan Pakatan Rakyat -- di balai polis tempat mahasiswa ditahan berkata, beliau difahamkan Muhammad Safwan dalam keadaan serius.

Antara yang ditahan Presiden Kumpulan Aktivis Independen Mahasiswa (KAMI) Haziq Abdullah Abdul Aziz dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) Mandeep Singh.

Tangkapan bermula selepas tengah malam sehingga jam 4 pagi tadi.

[Baca berita penuh]

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung