Nuffnang

Saturday, January 12, 2013

Ternow !!! Pelakun ABu Bakar Omar , Berjinak jinak dengan PR..jom baca


Pelakon filem dan drama Abu Bakar Omar dilihat hadir ke ceramah PKR di AU3 Wangsa Maju malam tadi.

Beliau ditemui Malaysiakini di gerai tomyam berhampiran tapak ceramah selepas ceramah tamat pada kira-kira jam 12 tengah malam.
Ditanya jika beliau sering menghadiri ceramah PKR, Abu Bakar dengan senyuman terukir di bibir menjelaskan beliau "sering hadir ke ceramah-ceramah politik".

Beliau yang tidak keberatan dirakam gambarnya menjelaskan rumahnya terletak di kawasan Keramat yang hampir dengan tapak ceramah malam tadi.

Beliau juga hanya ketawa kecil apabila ditanya rakan-rakan semeja tentang gilirannya untuk berceramah di pentas politik memandangkan golongan artis lain yang aktif berceramah kini 'ketagih' untuk terus berceramah.

Ditanya jika beliau akan turut sama menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat esok, Abu Bakar menjelaskan beliau terikat dengan komitmen kerja pada hari yang sama.

"Saya ada penggambaraan Sabtu ini (esok)," katanya ringkas.

Abu Bakar Omar telah membintangi banyak drama dan filem sejak tahun 1980-an.

Namanya melonjak naik selepas membintangi filem Tsu Feh Sofiah pada tahun 1981.

Generasi muda hari ini pula mengenali beliau menerusi filem Hingga Hujung Nyawa lakonan bersama Erra Fazira dan Yusry KRU pada tahun 2004.Malaysiakini

5 comments:

Penulis Rindu said...

mudahan ada pelakun lain ..join

Unknown said...

Alhamdulillah..nak masuk kena berjinak jinak dulu baru tau kebenaran..tapi kita jangan excited sangat ..sebelum ni pun banyak juga artis pun macam ni juga tapi last sekali cari haluan belah sana ,doakan lah yang terbaik

Anonymous said...

kemana perginya bob lukman....dah lama x ade di pentas..biasalah dah ada sohibulsamaah baru....

Anonymous said...

lakonan beliau dalam drama berganding ngan erra yusri kru amat menyentuh jiwa ,selepas itu aku pulang mencium kaki ibu dan ayah dikampong yang serba dhaif.pertama kali ku lihat air mata suamiku menitis kepipi,kesyukuran kerna ibubapa ku menerima kami ngan setulus kemaafan.

Penulis Rindu said...

komen yang menyentuh perasan..tq ye

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung