Nuffnang

Tuesday, April 16, 2013

Panas Gile PRU 13 Nie .. : Zul Nordin Calun BN lwn Khalid Samad: .Ghani Lawan Kit Siang .Lawan Tetap Lawan


Naib presiden PERKASA Zul Noordin calon BN Shah Alam
Naib presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Zulkifli Noordin dipilih sebagai calon BN di Shah Alam menentang penyandangnya Khalid Samad.

Zulkifli sebelum ini menang di Kulim Bandar Baru menggunakan logo PKR sebelum menjadi wakil bebas.


Namanya diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi BN Selangor di Shah Alam hari ini.

Mukhriz turun DUN, kuatkan spekulasi bakal MB
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Mahathir akan bertanding di kerusi DUN Ayer Hitam dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.

Ayer Hitam adalah salah satu DUN dalam parlimen Jerlun yang dimenanginya pada pilihan raya umum lalu. Satu lagi DUN adalah Kota Siputeh.

Keputusan parti mempertaruhkan Mukhriz di kerusi tersebut menguatkan lagi desas-desus beliau akan dilantik menjadi menteri besar jika BN menawan semula negeri itu.

Manakala penyandang kerusi DUN Bakar Bata Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah pula akan mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.

Ahmad Bashah adalah pengerusi badan perhubungan Umno negeri.

Beliau dijangka berdepan dengan bekas pembantu kepada ketua umum PKR, Eekmal Ahmad.

Sah Ghani lwn Kit Siang di Gelang Patah



Jom LIKE FAN PAGE ORANG KAMPUNG UNTUK MAKLUMAT TERKINI

3 comments:

Anonymous said...

panas panas pru 13

Thomas Lee/Lee Lip Pang said...

PR,harapan utk M'sia.

Penulis Rindu said...

Yes PR Harapan baru untuk Malaysia

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung