Adakah adil bagi PM Najib dan Umno tidak memuatkannya dalam senarai calon Parlimen BN buat PRU13 itu? Memang tidak patut dan tidak adil.
Sekalipun Najib mendakwa, dia sudah ditawarkan untuk DUN tetapi ditolaknya. Tawaran itu pun tidak adil juga. Dato’ Kamilia yang adalah orang nombor dua dalam Wanita Umno. Orang pertama sudah tidak dapat dicalonkan di Parlimen, maka orang nombor dua patut dicalonkan. Bagi DUN dan Exco buat apa kerana dia patut ke Parlimen.
Adalah betul dia sudah dimalukan.
Lalu pilihannya ialah bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar. Kita tidak boleh takwil atas pilihannya.
Tetapi kalau saya ditanya pada masa itu, saya akan nasihatkan supaya dia membuat pilihan lain. Dia sudah meletakkan semua jawatannya dalam Umno. Ertinya dia sudah sedia menentang Umno. Pilihan betulnya ialah mengistihar diri menyertai PAS, bukan bertanding sebagai calon Bebas.
Kecederungan banyak pihak masa itu adalah untuk menggantikan Umno dan BN sebagai kerajaan dan menggantikan Najib ssebagai Perdana Menteri. Mana-mana tenaga yang tidak lagi mahu bersama Umno dan tidak puas hati dengan Najib sepatutnya mari beramai-ramai bersama PAS dan Pakatan Rakyat.
Sebarang penyertaan orang Umno dalam PAS sekalipun seorang akan ada kesannya pada PAS dan kesan sebaliknya kepada Umno. Penyertaan Tamrin Ghafar dalam PAS memang mengelirukan setengah orang Umno khususnya keluarga Tun Ghafar. Penyertaan pemimpin polis dan pemimpin tentera memberi sedkit sekanyak sokong moral kepada PAS.
Jangan perkecil kesan kemasukan Tan Sri Mohamad Mohd Taib. Penjelajahannya ke semua daerah di Selangor jangan sangka tidak membantu kemenangan besar semula Pakatan di Selangor.
Jika Kamalia, Dato Seri Sharif Omar dalam saat yang demikian mengumumkan menyertai PAS dan mengambil langkah menyokong calon PAS di mana-mana saja sudah tentu ia boleh mencemaskan Umno dan ia membuka minat pula ssetengah penyokong Umno untuk bersama mereka.
Kita pula memperkecil pilihan menjadi calon Bebas. Ia juga unjuk rasa membantah dan tidak setuju dengan Umno dan pemimpinnya. Sebarang perkembangan mencabar Umno adalah baik untuk perubahan.
Tetapi politik di Malaysia buat sekarang tidak memberi ruang besar kepada calon Bebas. Memang ada calon Bebas menang sebelum ini. Dato Shahrir Samad pernah menang sebagai calon Bebas di Johor Bahru. Tetapi itu dalam keadaan tertentu saja. Kiranya dia bertanding Bebas sekali lagi di Johor Bahru, dia tidak mungkin mengulangi sejarahnya dulu.
Ibrahim Ali bukan calang tokoh. Anggota Perkasanya kononnya sudah 400,000. Betulkah? Mungkin. Dia pun sudah dikenali sebagai MP Bebas di Parlimen. Dikenal semua orang. Dia sendiri tidak pernah menang sebagai calon Bebas. Dia pernah jadi calon Bebas di kubunya di Pasir Mas. Dia hilang deposit. Dia jadi MP Bebas kerana menang sebagai calon PAS.
Bila dia jadi calon Bebas semula selepas memperdaya calon BN, dia tumpas tang, tang, tang!
Justeru suasana yang ada calon Bebas tidak banyak menggerhanakan Umno dan Najib.
Memang dalam keadaan cemas satu dua hari sebelum penamaan calon, jadi calon Bebas adalah pilihan yang mudah. Dalam keadaan semua sudah disusun, payah seorang terkenal seperti Kamilia dan Sharif Omar boleh menjadi calon PAS. Sudah merombak suatu yang terjalin.
Jika ia disabarkan sejenak, Kamilia dan Sharif mengumumkan jadi ahli PAS dan menyokong calon PAS, maka akan kelamkabut Umno seketika. Macam-macam kesannya. Ramai orangnya mungkin bersamanya untuk bersama dengan jamaah PAS yang sememangnya ramai dan mariah.
Bagaimanapun kalau sekarang Kamalia dan Sharif masuk PAS pun masih belum terlambat. Kamilia akan lihat kesannya lima tahun lagi. Subki latif
Dapat Maklumat Terkini DI FB KLIK SINI
3 comments:
Betul tu datuk kamalia
jangan masuk pas kalau bukan niat ikhlas untuk perjuangan Islam bukan kerana kecewa tak dapat habuan dari puak lama
Masuklah PAS dengan ikhlas.Itupun kalau ada keikhlasan. Umur dah agak tua, marilah bersama-sama jemaah islam bersatu dibawah kepimpinan ulama bagi mengangkat Islam di Malazia ini.Ingat harta yang berbilion pun akan tinggal dimukabumi suatu hari nanti. Akidah yang luhur menjadi pegangan ke akhirat.
Post a Comment