Nuffnang

Tuesday, May 14, 2013

Terharu Calun PAS.. 5 Kali Bertanding Baru Menang Di Johor .Wajib Baca .


‘Saya berjaya tebas hutan belantara di Johor’

Harakahdaily,14 Mei 2013
KUALA LUMPUR: “Saya berjaya menebas hutan belantara di Johor,” begitulah ungkapan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Puteri Wangsa, Ustaz Abdullah Hussin (gambar) yang pertama kali bertanding di Johor kira-kira 27 tahun lalu.




Sewaktu diamanahkan calon PAS di Tanjung Puteri pada Pilihan raya Umum 1986 dahulu, Abdullah berkata beliau telah hilang deposit gara-gara bertanding di suatu tempat yang asing bagi PAS.


“Saya bertanding banyak kali. 5 kali sama dengan Pak Ungku (calon PAS Pulai Sebatang). Apa ada hal. Orang kata tempat saya (Puteri Wangsa) tempat selamat. Mana ada jamin selamat, harapan menang ada sebab Pakatan Harapan Rakyat.


“Saya pernah hilang deposit tahun 1986, pertama kali bertanding di Dun Tanjung Puteri. Hanya dapat 400 undi, lebih sikit daripada tentera Badar. Wartawan datang jumpa saya, apa perasaan. Dalam hati, sabar aje lah.

“Saya kata, saya amat puas. Semua terkejut sebab apa? Saya amat berpuas hati masuk (bertanding). Ini ibarat berjaya ‘tebas hutan belantara di Johor,” katanya lagi dipetik Selatan Online.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di hadapan lebih 1,000 orang dari pelbagai kaum pada majlis kesyukuran di pekarangan Markas Tarbiyyah Parit Markom Benut, Pontian dekat sini semalam.

Hadir sama Yang Dipertua PAS Pontian dan Tanjung Piai, Raden Sarobo Pono, dan Ustaz Ahmad Sani serta bekas calon PAS Pulai Sebatang dan Machap, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood dan Ustaz Mohd Khalid Salikan.

Kemenangannya kini, kata beliau yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Johor adalah kemenangan bersama.


Ujarnya, hutan yang tebal dengan frasa keramat ‘Tiang Seri Umno’ sudah ditebas dan petanda lonjakan sokongan PAS naik 100 peratus di negeri Johor.

“Masa dulu Cina takut (dengan PAS). Sekarang tidak. Ini yang Umno tak boleh tidur.

“Tahun 1999 saya bertanding di Serom, Tempat Abdul Ghani Othman, lawan Menteri Besar. ingat hilang deposit tapi saya dapat undi 7,000 dia dapat 15,000, kata orang not bad.

“Tahun 2004, saya bertanding di Machap. Dulu banyak kali kalah. Alhamdulillah, sekarang menang dengan majoriti lebih 3,000. Ini kemenangan semua, bukan saya seorang. Saya wakil rakyat semua orang di Johor,” jelas beliau lagi.


Pada PRU13 ini, beliau yang mendapat 20,357 undi menewaskan calon BN dan Bebas dengan majoriti 3,469 undi. Pada PRU12, calon BN menang dengan majoriti 5,721 undi.

8 comments:

Anonymous said...

Tahniah ustaz...walaubagaimana pun 5 tahun mendatang ini ustaz perlu kerja keras dengan membuat kerja-kerja dikawasan Puteri Wangsa....kerap lah turun padang....jangan pulak bila dengar YB baru nak datang hari itu di Taman Daya tiba2 tak ada lah.....ramai orang nak ujumpa Ustaz termasuk kaum cina masa itu pada 10/5/2013....ada sedikit kecewa tau Ustaz....harap jgn menghampakan kepada para pengundi di Puteri Wangsa.....semoga 5 tahun akan datang dapat PAS pertahankan Puteri Wangsa.....buat perjumpaan dgn pelbagai kaum di DUN Puetri Wangsa INsyaallah kaum cina kan support ustaz...buat dgn segera ustaz...ramai yang nak jumpa YB baru ini.

Putra IJ80 said...

Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar!

Kami Rakyat Luar Johor,

Mengucapkan TAHNIAH Syukur ke Hadrat Allah s.w. atas kemenagan ini...

Dan sangat di harapkan mulai saat ini Era Ulama Muktabar akan berkembang pesat di JOHOR menggantikan zaman Ulama Tarbiyah selama ini...

In Sya Allah.

Anonymous said...

Kisah Bagaimana Penipuan 'Black Out' dirancang....pendedahan video oleh ...

>>>>> MediaRakyat.com <<<<<

Penulis Rindu said...

Tahniah.

Anonymous said...

Setingi2 ucapan dr saya sekeluarga. Nama YB akan sentiasa dlm ingatan saya. Semuga dpt merampas Johor pd pru14 nanti. TAKBIR!!

Anonymous said...

TAHNIAH. MUDAH-MUDAHAN DIBERKATI ALLAH. USAHA LEBIH KERAS SIKIT USTAZ.

Anonymous said...

tAHNIAH uSTAZ, sebagai K.D.Ulamak Johor mesti ada saksiyyah. Gemuk punca penyakit dan paling tidak cepat penat. nak jadi wakil rakyat mesti sihat cergas. gemuk punca umumnya ialah kuat makan, tidur siang lama. saya pernah makan dengan ustaz semeja di pasir raja sewaktu program pas, gelojohnya dan kuat makan. maaf ya tetapi benar. sy bukan dari johor tetapi punyai saudara di pasir raja dan kebetulan ada prog.pas. jika ditempat saya tak mungkin boleh jadi k.d.ulama. perbaiki diri ustaz.

Anonymous said...

betul tu. ana juga perhatikan tetapi ana tak mampu bercakap sebab ana tinggal hampir dengan ustaz.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung