Nuffnang

Saturday, June 1, 2013

Pergh !! Zulkifli Nordin Kena Sebiji..Jangan Campuri Urusan PAS .DHPP


KOTA BHARU - Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) menyifatkan kenyataan bekas Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin bahawa 'Pas diperbodoh Anwar' bersifat peribadi dan tidak relevan.

Ketuanya, Hu Pang Chaw berkata, Zulkifli tidak sepatutnya mencampuri urusan Pas kerana dia bukan ahli parti itu atau Pakatan Rakyat (PR).

“Siapa Zulkifli Nordin? Beliau bukan ahli Pas atau PR, jadi itu bukan urusan beliau, malah sekiranya berlaku perkara itu tidak ada kaitan dengannya, ia urusan parti, dan pandangan dilontarkan tidak relevan.

“Biarkan ahli parti menentukan perkara itu,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Pang Chaw berkata, beliau berpendapat isu berkenaan hanyalah rekaan dan sengaja dibangkitkan pemimpin itu.

Sambil menasihatkan Zulkifli agar menggunakan masa yang ada untuk melakukan kebajikan kepada rakyat Malaysia, Pang Chaw berkata, tindakan mencampuri urusan
Pas dan PR akan menampakkan kejahilan calon Barisan Nasional Parlimen Shah Alam itu.

“Hentikan semua ini, usahakan agar beliau dapat berada dalam barisan kepimpinan Umno seterusnya dapat melontarkan pandangan untuk perjalanan parti itu,” katanya.

Sementara itu, Zulkifli yang juga bekas peguam bela Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembangkang khususnya Pas perlu berhenti daripada bersekongkol Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu kerana kempen Anwar Spring yang digerakkan sejak pilihan raya umum lalu bermotif peribadi.

Menurutnya, Pas akan dihukum dengan lebih teruk oleh majoriti rakyat jika berterusan membiarkan diri menjadi alat tunggangan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kerana masyarakat mahukan keamanan bukan demonstrasi Anwar Spring.


Untuk maklumat terkini   FB KLIK SINI

1 comment:

Penulis Rindu said...

hang dah kalah duduk diam jelah

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung