Perkasa hanya pengampu sahaja - Anwar
(Setelah mogok lapar, akhirnya Waythamoorthy dapat jadi timbalan menteri, namun di mana suara Perkasa?) harakahdaily..
KANGAR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Pergerakan Pribumi Perkasa (Perkasa) dan Pemuda Umno hanya pengampu sahaja tetapi tidak berani bersuara apabila suara mereka diperlukan.
"Puak-puak ni semuanya penipu saja bila bercakap tentang bangsa, yang jelasnya nereka ni hanya pegampu," katanya kepada sekitar 7000 orang ramai yang hadir ke program Himpuan Black 505 peringkat negeri Perlis malam tadi yang diadakan di dataran kompleks perniagaan Kampung Bakau dekat sini.
Beliau mengulas tindakan mereka yang senyap sepi walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik wakil Hindu Rights Action Force (Hindraf), P. Waythamoorthy sebagai salah seorang timbalan menteri di jabatan Perdana Menteri.
"Waythamoorthy ni perlembagaan negarapun dia bantah, tapi Najib angkat dia menjadi (timbalan) menteri, ada suara pemuda Umno atau Perkasa membantah?" tanya Anwar.
Bagi Anwar, sekiranya orang Melayu mempunyai kumpulan pelampau bernama Perkasa, orang India pula ada pejuang bangsa mereka iaitu Hindraf.
Menjelang pilihan raya umum ke 13 baru-baru ini, Waythamoorthy telah membuat mogok lapar sehinggalah Najib berjumpanya dan menandatangani satu perjanjian dengannya.
Selepas itu, apabila Najib mengumumkan barisan kabinet barunya, turut dinamakan adalah Waythamoorthy sebagai timbalan menteri.
Ekoran itu, MIC membantahnya namun ia tidak diendahkah oleh Najib. Kini Hindraf menjadi saingan kepada MIC dalam mewakili kepentingan orang India dalam kerajaan.
Untuk maklumat terkini / FB KLIK SINI
1 comment:
Hindraf tak payah keja Kuat..Terus dapat
Post a Comment