Nuffnang

Wednesday, July 31, 2013

Pihak SKMM diarah siasat video 'hari raya' dengan anjing


Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata beliau menerima banyak pertanyaan berhubung satu video di Youtube yang didakwa menunjukkan seorang pemuda menyambut hari raya dengan tiga ekor anjing.

Laporan Utusan Malaysia menyebut, beliau telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyiasat video sepanjang hampir dua minit itu.

“Saya menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini walaupun SKMM belum menerima sebarang laporan mengenainya.

“Oleh itu saya telah mengarahkan SKMM mengambil tindakan untuk menyiasat video tersebut,” katanya seperti dipetik dalam laporan akhbar tersebut.

Menurut laporan tersebut, video didakwa bertajuk '1 Hari di Hari Raya' itu menunjukkan pemuda berkenaan membasuh kaki anjing dan juga kakinya sendiri.

Pemuda berkenaan yang diperkenalkan sebagai “Chetz” itu mengenakan baju Melayu dalam video berkenaan dan seterusnya menghidangkan kuih dan makan bersama anjing tersebut, menurut laporan itu lagi.

Video berkenaan menunjukkan keterangan: “Raikan Aidilfitri bersama-sama tanpa mengira spesies, warna kulit dan asal usul", lapor Utusan.
Laporan berkenaan menyifatkan video berkenaan sebagai "perbuatan biadab mempermain-mainkan kesucian agama Islam sengaja dilakukan dalam bulan Ramadan."

1 comment:

Unknown said...

SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI WOWO BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI WOWO DI 085-328-880-180 ATAU KLIK DI SINI

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung