Nuffnang

Wednesday, July 31, 2013

Pergh Haru Biru,,Ucap Selamat Hari Raya AidilFitri ..Bersama Anjing..



Awal Ramadhan baru-baru ini pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee mempersenda Ramadan dan umat Islam dengan memuat naik gambar sedang makan hidangan daging babi, Bak Kut Teh, beserta kapsyen dan logo halal di Facebook.

Menjelang akhir Ramadhan dan tibanya Hari Raya Aidilfitri ini pula Video '1 Hari Di Hari Raya' dengan kata-kata "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesis, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu) pula dimuatnaik kelaman FaceBook.



Video ini menunjukkan seseorang yang dikenali sebagai Chetz membawa tiga anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan suara latar Takbir Raya.

Rakaman itu menunjukkan seorang berbaju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah-olah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga haiwan itu.

Video berdurasi 1 minit 44 saat ini juga menyiarkan kata-kata "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesis, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu).

Ia turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari Chetz sekeluarga" dengan gambar seorang individu duduk bersama tiga ekor anjing di sofa.Anak sg deraka



Bagaimanapun menurut pembikin video yang kini menjadi viral di laman sosial Facebook, Chetz Yusof, yang merupakan seorang penganut Islam.. “Saya tiada niat hina Islam”.


No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung