KOTA BHARU - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol anak kandungnya, tahun lalu.
Lelaki berusia 43 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah
terhadap tuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah
Azahari.
Dia didakwa melakukan persetubuhan dengan anak keempat dari enam
beradik itu di alamat Kampung Aman, Kandis, Bachok, antara jam 10 dan 9
pagi, November 2012.
Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang lapan
tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh juga dikenakan tidak kurang 10
kali sebatan.
Ketika tuduhan dibacakan, tertuduh yang berada dalam kadang pesalah, beberapa kali menggelengkan kepalanya.
Hakim Ahmad Bazli Bahruddin kemudian menetapkan tarikh lain untuk
sebutan semula kes berkenaan dan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin
selepas mengambil kira saksi-saksi kes yang terdiri daripada ahli
keluarga. Kes tersebut bersambung pada 1 Ogos depan.
Untuk maklumat terkini / FB KLIK SINI
Nuffnang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
PAS, PKR bertembung di Labuan dan Sg Acheh PKR dan PAS akan berentap antara satu sama lain dalam perebutan kerusi Parlimen Labuan d...
-
Pihak Kufar Cuba Membina Patung Yang Seolah sedang berdoa. ke langit Allah Hu Akhbar, Bukti Kekuasaan ...
-
Wow nampak memang sodap ye..tapi bukan puncanya obesiti KUALA LUMPUR - Nasi lemak bukan punca utama masalah obesiti dalam kalangan murid s...
-
Ibu Dari Google Bonda Artist: M Nasir Mengapa kanta ini masih berkaca Sedangku telah pun terima di dalam r...
-
Bila tengok pasangan ini mengawan rasa gelinya...takut pun ada. Punyalah asyik mengawan sampai tidak menghiraukan orang ramai merakam aksi...
-
Salam Buat Semua.. Hari ini dan semalam aku rasa kecewa..apabila aku.. pergi ke kedai minyak untuk mengisi minyak keretaku yang hampir habis...
-
Salam buat semua.. Hari Nie penulis memaparkan kedai minyak petrol , guna jenama Buraq Oil..dulu kedai ni kedai caltex...untuk makluman tua...

3 comments:
Apa punya tajuk la admin...nak tarik trafik kat lu punya blog pun pikir la dosa pahala...mamat tu baru dituduh dan dia pun tdk mengaku bersalah (betul dia buat atau tdk kita tdk tahu)..makhamah pun tdk jatuhkan hukum lagi..tp lu punya tajuk dah jatuhkan hukuman kat dia..berat66 admin.
Apa punya tajuk la admin...nak tarik trafik kat lu punya blog pun pikir la dosa pahala...mamat tu baru dituduh dan dia pun tdk mengaku bersalah (betul dia buat atau tdk kita tdk tahu)..makhamah pun tdk jatuhkan hukum lagi..tp lu punya tajuk dah jatuhkan hukuman kat dia..berat66 admin.
Post a Comment