Nuffnang

Thursday, August 8, 2013

Mampukah Lajim Ukim Pertahan DUN Kilas...


Lajim Ukin buat persiapan pertahan Dun Klias

Selangorku,07 Ogs 2013

SHAH ALAM: Tiada peruntukan mewajibkan nama pencetak dan penerbit dipapar pada risalah kempen pilihan raya berdasarkan Akta Pilihan Raya, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias di Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin.


Mengikut peguamnya, beliau berkata, alasan yang membawa kepada satu-satunya perbicaraan dalam permohonan petisyen pilihan raya setakat ini, berkaitan risalah yang tidak tertera nama pencetak dan penerbit.

“Kalau setakat calon poster, semua kita ada cetak (nama pencetak dan penerbit) sebab itu ada dalam bawah Akta Pilihan Raya tetapi kalau lain-lain risalah itu, tidak perlu,” katanya ketika dihubungi TV Selangor di sini, hari ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan keputusan PRU-13 bagi kerusi DUN Klias yang dimenangi Lajim dengan majoriti 179 undi, dicabar.

Ia susulan calon Barisan Nasional (BN), Isnin Aliasnih memfail petisyen bagi mencabar keputusan PRU 13 bagi kerusi DUN Klias yang dimenangi Lajim dengan majoriti 179 undi.

Pada pertandingan empat penjuru itu, bekas Menteri Kabinet itu memperoleh 6,324 undi, Isnin (6,145 undi), Mohd Sanusi Taripin (SAPP) 182 undi manakala Aliapa Osman (STAR) 71 undi.

Menyifatkan alasan berkaitan nama pencetak dan penerbit itu sebagai tidak konkrit, Lajim berkata, peguamnya sedang membuat persediaan untuk menghadapi pendengaran perbicaraan pada September depan.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung