Berkata Dr.Muhammad Morsi dalam satu perbualan telefon baru-baru ini antara beliau dan keluarganya, bahawa beliau “akan tetap teguh hingga ke akhir hayat” menurut ahli keluarga terdekat beliau.
Dan dalam satu kenyataan rasmi yang diterbitkan oleh sebuah agensi berita Anadolu Agency, sumber yang enggan indentitinya didedahkan menyatakan bahawa Dr.Muhammad Morsi berkata kepada salah seorang ahli keluarganya dalam perbualan yang agak panjang menggunakan “private number” bahawa : “ Aku akan tetap teguh sehingga ke akhir hayat,dan aku mengikuti seluruh perincian yang berlaku di bumi Mesir ini.”
Sumber juga menyatakan bahawa moral/semangat Dr.Muhammad Morsi “nampak” sangat tinggi, dan sepanjang tempoh perbualan beliau dengan keluarganya tentang perincian yang berlaku menampakkan bahawa beliau sememangnya mengikuti perkembangan yang berlaku.
Namun begitu, sumber tidak menyatakan secara tepat tarikh perbualan tersebut berlaku,akan tetapi ada menyatakan bahawa ianya berlaku lebih kurang lima hari yang lalu dan sebenarnya telah didahului oleh satu perbualan pendek tiga hari sebelumnya.
Menurut sumber juga, apa yang berlaku diantara Dr. Muhammad Morsi dan pegawai penyiasat, turut dijelaskan oleh beliau dalam perbualan tersebut bahawa setibanya mereka di tempat tahanan beliau,beliau hanya memberitahu, “Aku adalah Presiden yang sah bagi negara ini.” Dan beliau bertanya kepada mereka tentang layanan Pihak Kudeta terhadap mereka lalu mereka menyatakan bahawa mereka datang ke tempat tersebut dengan mata tertutup supaya tidak mengetahui tempat tahanan beliau.
Sumber juga menyatakan bahawa wujud perbualan pendek tiga atau dua hari sebelum perbualan yang terbaru ini diantara Dr.Muhammad Morsi dan keluarganya yang hanya bertujuan untuk melegakan mereka tentang keadaan kesihatannya.
LAGI BERITA SEMPOI KLIK SINI YANG BELUM ANDA LIHAT
No comments:
Post a Comment