Nuffnang

Sunday, September 15, 2013

Gempar Nik Abduh ..Naik Jet Peribadi.jadi Perbualan Hangit .Jom Baca Penjelasanya


Semalam boleh dikatakan kebanyakkan Blog Pro UMNO menyiarkan gambar Nik Abduh sedang menaiki jet peribadi di atas..

Kononnya menurut mereka gambar diatas telah terlupa untuk dimuatnaik oleh sebuah blog Pro PAS yang telah menyindir tindakan seorang Ketua Bahagian Umno yang balik ke kawasan untuk perasmian Mesyuarat Agung UMNO Cawangan.

Seperti biasa tanpa usul periksa mereka melemparkan berbagai tuduhan..


Untuk menjadikan cerita mereka lebih menarik, gambar Nik Abduh sedang menahan teksi turut dimuatnaik..

Kononnya gambar ini perlu disebarkan bagi tujuan membina persepsi positif buat Nik Abduh.. lagipun ianya menampakkan betapa zuhudnya Nik Abduh kata mereka..



Malah ada yang melemparkan tuduhan "Pura-pura zuhud sudah menjadi darah daging pemimpin PAS. Depan orang berlakon zuhud. Bila takde orang dia punya belanja mak datuk dia tengok pun gerun."

Ada juga yang terus mengatakan "Sahlah Nik Abduh ni makan duit taukeh balak." hanya kerana melihat gambar itu..


Benarkah apa yang didakwa oleh kebanyakkan Blog Pro UMNO mengenai gambar Nik Abduh di dalam jet itu?..

Baca! ini penjelasan tuan punya tubuh..

Saya diminta oleh ramai sahabat untuk menjelaskan gambar saya menaiki sebuah pesawat jet peribadi yang tersebar di internet.  
Oleh kerana ia difahami secara negatif, elok juga saya jelaskan.  
Gambar tersebut saya sendiri muat naik dalam grup whatsup dewan pemuda pas. 
Ia adalah kebiasaan kami untuk memuat naik gambar-gambar menarik sekitar kehidupan peribadi dan jamaah yang menarik untuk dikongsi.  
Gambar tersebut telah disebar keluar oleh kawan saya. Sudah pasti tujuannya adalah baik insya Allah.  
Mungkin kerana tanpa penjelasan, ia menarik tafsiran pelbagai.  
Ia adalah penerbangan pada tahun 2012 dari Kota Bharu ke Ipoh bersama beberapa exco kerajaan negeri Kelantan dengan menaiki jet peribadi milik seorang tokoh korporat Melayu untuk lawatan ke ladang tanam semula balak yang diusahakan oleh beliau.  
Lawatan itu adalah untuk melihat sendiri kejayaan projek tersebut. Tokoh korporat tersebut berhasrat untuk melabur di Kelantan.  
Tanam balak, bukan tebang balak.  
Beliau memohon tanah sudah kerja, bukan hutan simpan. Saya difahamkan, ia masih dalam proses kelulusan.  
Ia jika berjaya, adalah terlalu baik untuk ekonomi dan mesra hijau negeri Kelantan.  
Saya dipelawa menaiki jet peribadi tersebut oleh kawan saya yang rapat dengan tokoh korporat bergelar Tan Sri tersebut.  
Ada kekosongan dan dengan izin tuannyalah kan? Apa perasaan saya? Wah, jawabannya ialah, jika anda, apa pula perasaan anda?  
Impian duniawi saya ialah menaiki kapal pelancongan Rusia menuju ke kutub utara, dunia serba putih. Sapa boleh sempurnakan impian emas saya ini? 
Nik Mohamad Abduh 

Itulah... orang kata kalau tak tahu tanya... jangan main tuduh tak tentu hala.. nanti dapat bala..

Tumpang naik bukannya bayar sewapun. lagipun tuan punya jet sendiri mengizinkan.. apa salahnya?

Nak tunaikan nazar berlari dari Kuala Besut ke Putrajaya pun boleh ditaja RM650,000 takkanlah tumpang naik jet tak boleh..Sungai deraka

LAGI BERITA SEMPOI KLIK SINI YANG BELUM ANDA LIHAT

4 comments:

Anonymous said...

jangan nak nunjuk2..takut riak...

Anonymous said...

Mungkin juga

Anonymous said...

masa untuk menunaikan hajat idaman memang diutamakan jika peluang terbuka...memang sifat manusia. tak ada hal nya.,

Anonymous said...

Selalunya bapak borek anak mestilah rintik.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung