HALAMAN HIBURAN
DIBERITAKAN...
Kadang kala dugaan orang yang dah berhijrah menutup aurat akan bertudung mempunyai dugaan yang tidak diduga. Memetik portal Utusan semalam, Nana atau Siti Nordiana diduga agar dibuka tudungnya ketika sebelum waktu persembahan dimulakan.
Dan akibatnya, Nana 'ditendang' keluar kerana enggan memberikan kerjasama atau berdegil kerana menegakkan iman di dalam dirinya. Baguslah macam itu, membuktikan yang Nana ikhlas dalam menjalankan kewajipan menutup aurat.
"Sebolehnya saya tidak mahu bercerita berhubung perkara inikerana ia bukanlah suatu perkara yang manis tetapi apabila adapihak bertanya, tidak salah rasanya kita berkongsi.
"Perkara ini berlaku pada sambutan Aidilfitri yang lalu di negarajiran, pada mulanya nama saya sudah tersenarai sebagai salah seorang penyanyi yang akan membuat persembahan.
"Tetapi pada waktu tersebut, mereka tidak tahu saya sudah berhijab, jadi beberapa hari sebelum tarikh persembahan mereka meminta saya untuk membuka tudung dan pastinya saya tidak bersetuju dengan permintaan mereka.
"Disebabkan itu juga, nama saya digugurkan pada saat-saat akhir. Saya tidaklah berasa kecewa atau terkilan kerana saya percaya, rezeki ada di mana sahaja dan yang penting adalah usaha kita," -Nana
2 comments:
malang sunggoh ye..pada artis yang bertudung..
Tahniah nana lebih mata dari seorang artis tu yg mpermainkan tudung, tanpa fikir panjang bagi statement akan buka tudung jika diminta oleh produksi demi lakonan yg brmutu, then bole pula dia minta kita doakan agar dia dapat seru utkp pakai tudung, kepala hotak dia dah lama pun nabi ajar kita ttg aurat, seru apa la agaknya dia tunggu, kononya tgh dalami agama tapi tak nak btudung pula, well suami lah yg mnanggung nanti huhu
Post a Comment