Nuffnang

Wednesday, October 23, 2013

Pakar Motivasi Dr Azizan Osman Letak Jawatan

Telah tersebar tentang berita perletakkan jawatan Dr Azizan Osman dalam Richworks Group of Companies. Perletakkan jawatan itu berkuat-kuasa hari ini, 1 Oktober 2013. baca lagi

Lima tahun membina nama sehingga diiktiraf sebagai Mentor dan Pakar Perunding Pemasaran No.1 Asia, Dr Azizan Osman telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Richworks Group of Companies. Tindakan ini diambil sebagai salah satu proses penstrukturan semula Richworks Group of Companies.
Sehubungan itu, operasi Richworks Group of Companies di Malaysia diambil alih oleh Yasmin Mohd Ramzi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan. Yasmin menyertai Richworks Group of Companies bermula awal September sebelum ini sebagai Pengurus Besar Kumpulan.
Azizan di dalam rangka memperluaskan empayarnya dalam fasa awal meneroka pasaran antarabangsa yang diperkukuhkan di bawah jenama Azizan Osman International. Syarikat berasaskan latihan keusahawanan dan pembangunan manusia bakal pengukuhan struktur Azizan Osman International itu menyaksikan Azizan yang merupakan pengasas dan Pengerusi Eksekutif Richworks Group of Companies kini turut menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Serantau.
Beliau yang menaungi 24 syarikat dalam pelbagai industri, antaranya syarikat pelaburan hartanah, agensi pengiklanan berakreditasi ini di Malaysia dan Singapura, memulai kempennya dengan meneroka pasaran Indonesia, Filipina dan India dalam usaha melebarkan sayapnya ke pentas global.  sumber http://azizanosman.com

7 comments:

Anonymous said...

Tak semua orang kekal lama..dalam jawatan

Anonymous said...

aku konpius sikit...letak jawatan ceo tapi jadi ketua serantau utk meneroka pasaran global... maaf tuan, pohon penjelasan sikit

Carlos Santiago said...

dia nk up company dia kot. maybe skang hit traffic azizanosman dh tinggi. so its more popular.

Anonymous said...

Dia grads dari mana?

Unknown said...

Dari pengalaman...bukan semua yg gred Uni tu jutawan...kebanyakan makan gaji...luaskan sket otak..

Unknown said...

Dari pengalaman...bukan semua yg gred Uni tu jutawan...kebanyakan makan gaji...luaskan sket otak..

Unknown said...

Dari pengalaman...bukan semua yg gred Uni tu jutawan...kebanyakan makan gaji...luaskan sket otak..

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung