Nuffnang

Saturday, February 22, 2014

Gambar Demo Kecam Kassim Ahmad Di Beberapa Buah Masjid


ISU ANTI HADIS ..BEBERAPA RAKAMAN GAMBAR MENARIK DI BEBERAPA BUAH MASJID DEMO KECAM KASSIM AHMAD DAN MAHATHIR MOHAMAD



Plakad-plakad menarik dikesan dalam perhimpunan umat Islam di Masjid Negara Kuala Lumpur, Masjid Negeri Alwi Kangar, Perlis, Masjid Pengandang Baru, Kuala Terengganu dan Masjid Negeri Ipoh, Perak  bagi mengecam kenyataan kontroversi sarjana Kassim Ahmad yang dianggap biadab dan menghina Islam.

Antara dipamerkan peserta, “Kassim Ahmad syaitan”, “Kassim Ahmad tempat laknat Malaysia...” dan “Kasim Ahmad Hina Ahmad”.

Ahmad merupakan nama lain kepada Nabi Muhammad.

Selain menyatakan keberangan dalam perhimpunan selepas solat Jumaat itu, dikesan juga plakad yang berbentuk humor seperti “Kassim Ahmad dah solat Jumaat ke?”.

Harakahdaily melaporkan, hampir 1,000 umat Islam berkumpul di Masjid Negara bagi mendesak tindakan pihak berkuasa terhadap Kassim.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut menjadi sasaran kritikan ekoran pendiriannya yang membela Kassim.

Pemuda UMNO tak nampak muka ... Perkasa hilang entah kemana .. JATI jangan cite terus lesap .. Pekida lagilah asap dan bayang pun tiada .. ISMA cari-cari tak jumpa.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung