- Balai polis Bukit Tengah dibaling bahan letupan
- dikemaskini Sebahagian kawasan pintu masuk dan pos pengawal di Balai Polis Bukit Tengah, di Bukit Mertajam rosak selepas beberapa suspek yang tidak dikenali melontar sejumlah bahan letupan dipercayai mercun awal hari ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang ACP Nasir Salleh berkata dalam kejadian jam 4.50 pagi itu empat anggota polis yang sedang bertugas tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Dua anggota berada dalam balai polis manakala dua lagi sedang buat rondaan di kawasan balai. Mereka hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian pintu masuk balai.
"Mereka bergegas melihat kawasan kejadian dan mendapati
beberapa cermin tingkap dan siling di pintu masuk balai polis itu pecah manakala pos pengawal berhampiran pagar juga rosak akibat letupan berkenaan," katanya kepada pemberita di Bukit Mertajam hari ini.
Katanya kerugian akibat kejadian itu dianggarkan antara RM10,000 hingga RM15,000.
"Berdasarkan siasatan awal, beberapa suspek yang dipercayai menaiki motosikal membaling mercun bola yang diikat dalam jumlah yang banyak ke arah pintu hadapan balai berkenaan dan melarikan diri sebaik berbuat demikian.
Kejadian itu berlaku dengan pantas, kata Nasir.
Setakat ini polis belum mengetahui motif sebenar kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.
"Tiada kamera litar tertutup (CCTV) di balai berkenaan tetapi kita akan mendapatkan rakaman CCTV yang terdapat di kawasan berhampiran bagi mengenal pasti suspek terlibat," katanya.
Beliau berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 5 Akta Bahan-bahan Hakisan dan letupan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian berkenaan diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), DSP Aziz Ahmad di talian 04-5382222 atau mana-mana balai polis berdekatan.
- Bernama
Nuffnang
Saturday, February 8, 2014
Gempar !!!! Balai polis Bukit Tengah dibaling bahan letupan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Gambar hiasan. GERIK – Gara-gara cemburu dan dituduh mempunyai hubungan dengan lelaki lain, seorang wanita dicederakan dan diugut bunuh ol...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang juga Ahli Parlimen Perikatan Nasional Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. 12 Shares Keraj...
-
Seorang wanita menyanyi dan berjoget di depan sekumpulan pemuda yang sedang mengikuti pengajian agama di Indonesia baru-baru ini. - Foto I...
-
Ride to hajj ..Bersama Wazi n the group ke Tanah suci Mekah dengan mensiki motosikal kap chai, saya ucapkan tahniah...
-
Suspek mencurahkan minyak petrol ke atas isterinya. - Agensi LAGOS – Polis negeri Ogun di barat daya Nigeria menahan seorang lelaki yang did...
1 comment:
Assalamualaikum,
Maaf, i nak tumpang beritahu & perlu beritahu manfaat penting bagi kita semua umat islam di negara ini. cara orang islam keluar dari penghambaan dunia moden
Tolong klik & baca di sini->http://anjungrakyat.blogspot.com/2014/01/cinta-lanang-gabrul-final-conclusion.html
Post a Comment