Nuffnang

Wednesday, February 26, 2014

Perghh Amah Kelar anak majikan Hingga Mati Bunoh Diri ..

  • Amah kelar anak majikanBanglo yang didiami mangsa di Taman Sri Putra Sungai Buloh, lokasi kejadian berlaku - Foto Sinar Harian oleh IZWAN ROZLIN
 1 / 1 
SUNGAI BULOH - [Dikemaskini] Seorang pembantu rumah warga Indonesia dipercayai membunuh dua anak majikannya dengan mengelar leher mangsa sebelum membunuh diri, di Taman Sri Putra, dekat sini, petang semalam.

Kanak-kanak malang itu berusia 5 dan 1 tahun 6 bulan serta suspek ditemui meninggal dunia di tempat kejadian.

Warga Indonesia dikenali sebagai Agnes umur lingkungan 30an ditemui bersama Melvin Selvan Joseph, 5, di bilik tingkat bawah.

Manakala adiknya, Kuay Jia Hong ditemui di tingkat atas.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang mengesahkan kes sebagai bunuh dan bunuh diri.

"Ketika ditemui, semua mangsa ada kesan kelar di leher.

"Pihak polis  turut menemui dua bilah pisau yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan, keluarga mangsa hanya menyedari kejadian selepas pulang ke rumah kira-kira jam 7 malam.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung