Nuffnang

Thursday, March 27, 2014

Jahanam..Kalau Mahathir Jadi PM Semula..Dia Nak Tapis Semua.. Internet.


MAHATHIR CAKAP JIKA DIA DITAKDIRKAN JADI PM SEMULA BERJANJI AKAN TAPIS SEMULA INTERNET.




Ternyata Mahathir adalah pemimpin lidah bercabang flip flop .. Dulu berjanji internet tidak akan disekat dan di tapis .. sekarang berbelit bersimpul lidah mau tapis dan sekat.

Pemimpin macam ini langsungt tidak boleh dipercayai akan kata-katanya .. janji lagi tidak boleh dipegang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berjanji akan menapis internet jika dilantik semula untuk memerintah Malaysia. 


Dr Mahathir mengakui menyesal apabila pernah berjanji tidak akan menapis internet semasa memegang tampuk kuasa suatu ketika dahulu.


"Kalau saya jadi perdana menteri semula, perkara pertama saya lakukan ialah menapis internet.



"Sudah sampai masa kita menapisnya," kata Dr Mahathir semasa menyampaikan ucapan penutup pada Seminar Perdana Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras hari ini.


Kenyataan Dr Mahathir berkemungkinan susulan tekanan yang dihadapi parti pemerintah Barisan Nasional (BN) beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya menerusi pelbagai platform media alternatif di internet.


Pakatan Rakyat (PR) dilihat lebih ke depan berbanding kerajaan BN, keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang menyaksikan majoriti kepada BN merudum juga disumbangkan penguasaan Pakatan Rakyat di dalam internet.


Internet juga menjadi alternatif kepada media arus perdana yang sekian lama dikuasai oleh Umno dan BN.

Dr Mahathir mengakui menyesal kerana membuat perjanjian sebelum ini supaya internet tidak akan ditapis.

Menurutnya internet menyumbangkan kepada masalah sosial dan kadar jenayah yang meningkat kebelakangan ini.


"Walaupun saya bagi pengakuan kepada penasihat Koridor Raya Multimedia (MSC) semasa saya masih jadi perdana menteri, di mana saya bagi pengakuan kita tidak akan tapis internet.


"Pada masa itu saya tidak tahu apa yang boleh datang daripada internet," kata beliau.


Dr Mahathir berkata, kerajaan mampu dan mempunyai kepakaran untuk menapis internet, menyifatkan ia penting supaya rakyat tidak terdedah dengan pengaruh buruk yang boleh didapati dalam internet.


"Kita boleh tapis. Sebenarnya di Jerman mereka awal-awal lagi menapis internet. Kita boleh lakukannya, kita ada teknologi itu.


"Belanjalah sikit tapi hasilnya lebih baik kerana orang kita tidak akan terdedah dengan pengaruh yang buruk seperti ini termasuklah keganasan dalam wayang dan televisyen," kata Dr Mahathir.


Dr Mahathir tidak menolak penapisan internet akan mengundang kritikan pelbagai pihak, malah Malaysia akan dikecam sebagai sebuah negara tidak demokratik tetapi langkah itu perlu demi memastikan keselamatan negara terpelihara.

3 comments:

Anonymous said...

Tak sempat jadi pm hanya sempat masuk kubor yg dah hampir usia tu.

Unknown said...

lol......sebagai rakyat malaysia kita harap yang baik2 sahaja untuk negaraku Malaysia

Anonymous said...

kena warning dgn barat nnti terus senyap.

ku ingin hadiahkan org tua ni sehelai sejadah, seutas tasbih dan sebuah kopiah.... dan buku cara2 berwudhuk. serta poster doa taubat.

ku kira dia pasti menghargainya

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung