Nuffnang

Wednesday, March 12, 2014

Nelayan Port Dickson dakwa jumpa objek menyerupai rakit penyelamat pesawat

Nelayan Port Dickson dakwa jumpa objek menyerupai rakit penyelamat pesawat

Gambar yang dipercayai rakit keselamatan kapal terbang yang ditemui nelayan Port Dickson. – Gambar oleh MyMetro, 12 Mac, 2014.Gambar yang dipercayai rakit keselamatan kapal terbang yang ditemui nelayan Port Dickson. – Gambar oleh MyMetro, 12 Mac, 2014.Sekumpulan nelayan mendakwa menemui satu objek menyerupai rakit penyelamat kapal terbang ketika menangkap ikan, kira-kira 10 batu nautika dari pantai Port Dickson tengah hari semalam, lapor Sinar Harian.
Seorang daripada mereka, Azman berkata ia ditemui tenggelam timbul kira-kira jam 12 tengah hari dan menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Linggi, Melaka, untuk mendapatkan bantuan selepas gagal menaikkannya ke dalam bot kerana terlalu berat.
Menurut akhbar harian itu, Azman yang mengikuti perkembangan kehilangan pesawat MH370 bersama tiga rakan lain, tertarik untuk mendapatkan objek berkenaan.
"Kami berjaya mendapatkannya dan diikat pada bot kerana takut ia tenggelam. Objek itu mungkin tidak mampu terapung lama kerana koyak atau bocor," katanya. Dia yang keluar menangkap ikan jam 8 pagi dan pulang kira-kira jam 8 malam tadi memaklumkan penemuan itu kepada Berita Harian.
Katanya, penemuan objek itu penting kerana mungkin boleh menjadi petunjuk kepada usaha mencari pesawat MH370.
"Apa yang lebih meyakinkan kami ialah ada tulisan ‘boarding’ pada objek itu,” katanya.
Beliau berkata, sejurus bot APMM tiba di lokasi, tugas mengangkat objek diserahkan kepada pasukan berkenaan, manakala mereka menyambung kerja menangkap ikan.
Jurucakap APMM Kuala Linggi ketika dihubungi mengesahkan sepasukan APMM dihantar ke tempat kejadian.
Bagaimanapun, katanya, objek itu terus tenggelam dan dipercayai tidak sempat dinaikkan ke dalam bot APMM, lapor akhbar itu lagi.
Hari ini masuk hari ke lima pesawat MH370 selepas hilang Sabtu lepas dan sehingga kini, sudah empat laporan saksi berkaitan kapal terbang ini.
Penduduk Pengkalan Chepa, Kelantan, melihat kapal terbang rendah, penduduk Tumpat melihat pesawat dengan ekor terbakar, nelayan di Marang mendengar bunyi yang kuat dan kini nelayan Port Dickson menemui objek umpama rakit keselamatan pesawat itu.
Kesemua maklumat ini selaras dengan kenyataan TUDM bahawa radar mereka mengesan pesawat ini berpatah balik selepas satu jam terbang dan hilang di perairan Vietnam. – 12 Mac, 2014.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung