PASCA KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN KES LIWAT FITNAH II ... RAKAMAN 5 GAMBAR YANG MENGERUNKAN UMNO/BN .. TIDAK KURANG 5,000 ORANG DATANG JAMUAN BERBAYAR ANJURAN PAKATAN RAKYAT DI SG CHUA KAJANG. OMAK kau..TK
Kesemua 380 buah meja habis dijual ... ramai yang tidak dapat beli tiket namun masih juga datang untuk memberikan sokongan .. keputusan Mahkamah Rayuan yang tergesa-gesa mempenjarakan DSAI selama 5 tahun tidak mengurangkan sokongan rakyat Kajang kepada Pakatan Rakyat.
Ini adalah Jamuan Makan Malam berbayar bukannya diberikan secara percuma di Sg Chua, Kajang malam ini 8hb Mac 2014 .. mutu makanan pun diberitakan ala kadar saja sebagai buat syarat kerana ianya lebih kepada menyumbang dana Tabung KEADILAN PRK Kajang. .. Itu pun lebih 5,000 orang yang datang untuk berikan sokongan padu terutamanya kepada DSAI.
Kalau para pemimpin UMNO/BN tahu akan keadaan sebenar di akar umbi Kajang sudah pasti mereka tidak mampu lena tidur malam .. makan seenak mana pun tiada selera nak telan ... mandi pun sekadar dry cleaning sebab badan rasa tak basah kuyub.
Kalau UMNO/BN ingat dengan mempenjarakan DSAI rakyat akan lari sokongan kepada PR .. mereka silap terlalu besar ... lagi DSAI dizalimi dan ditekan, lagi kuat rakyat bangkit memberikan sokongan.
Sebab itu Omak Kau berani cakap kemenangan untuk KEADILAN/PR di PRK Kajang seakan sudah pasti .. yang mau dicari kalau boleh ialah wang deposit calon BN guyup hilang... Iannya sukar tetapi tidak mustahil.
2 comments:
Jgn nanti pencacai kata PR makan besar meraikan kapalterbang MAS jatuh? Pencacai kalau tak fitnah org sehari tak boleh lelap mata. Inilah bukti rakyat terus bersama PR bukan umno yg zalim.
Ada ke patut kata co-pilot tu org PAS sebabkan MH370 tu jatuh? Fitnah semakin melata bila akhir zaman. Kezaliman tak akan kekal lama, akan jatuh juga akhirnya dgn izin Allah. Ameen.................
Hanya Lembulembu UMNO tak faham.....
Post a Comment