MP DAP dakwa MB Selangor ‘tak guna’, patut dipecat
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi mendesak supaya pimpinan Pakatan Rakyat mengambil tindakan segera dengan memecat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Desakan tersebut dibuat ekoran kekecewaan wakil rakyat DAP itu atas kegagalan Abdul Khalid dalam menangani masalah air di Selangor.
Dalam tulisan di laman Facebooknya, ahli parlimen ini berkata, ketika Selangor di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), masalah catuan air tidak berlaku seteruk ketika di bawah Pakatan Rakyat.
“Saya merupakan seorang pembayar cukai di Selangor sejak bertahun-tahun lamanya kerana saya memiliki rumah di Subang Jaya.
“Kami tidak pernah menghadapi catuan air yang berlarutan begitu lama seperti ini, malah semasa pentadbiran BN sekalipun. “Kegagalan Pakatan adalah kegagalan Pakatan. Masa Khalid sudah tamat. Pecat orang tidak guna ini,” katanya.
Beliau juga meminta wakil rakyat di Selangor membayangkan kesusahan yang dihadapi oleh rakyat negeri itu sejak bermula masalah catuan air ini. Bekalan air di Selangor mula dicatu sejak Mac lalu akibat empangan dikatakan mula kering kerana masalah kemarau.
Sebelum ini Abdul Khalid pernah membuat kenyataan Selangor tidak menghadapi masalah bekalan air mentah, sebaliknya berdepan masalah air yang dirawat. Namun, apa yang berlaku kini, Selangor kini bukan hanya berdepan masalah air yang dirawat tetapi turut kekurangan bekalan air mentah.
Nota : Siapa Jeff Ooi nak lawan dengan Khalid kat Penang pun dia teruk..
6 comments:
haahahaa
aku tak kenal siapa khalid bin ibrahim?
aku rasa MP Jelutung ni ada pykit mental sb sbgi YB x sptutnya mglurkn prktaan bgini kpd rakn politk beliau. Yb lim guan eng pn psti marh dn x bstuju cra Yb ni.
ini semua dugaan Allah..terima je lah
Sangat setuju dipecat atau letak jawatan secara terhormat.Negeri lain tidak ada catuan air pun inilah satu-satunya negeri yg ditadbir oleh PKR.Macamana nak mentadbir Malaysia mentadbir air pun tak boleh.
Ko ni aina macam katak bawah tempurung..
Kenyataan awak ni aina btul2 memperlihatkan awak sbnarnya taktau apa2...kalau xtau jgn komen..get info lengkap dlu..nnti buat malu diri sendiri jer
Post a Comment