INILAH WAJAH PARA HAKIM MAHKAMAH RAYUAN YANG MEMBUAT KEPUTUSAN BERANI SEBULAT SUARA BAHAWA NOTIS 10 HARI WAJIB DIBERIKAN KEPADA PIHAK BERKUASA DIBAWAH AKTA PERHIMPUNAN AMAN (PAA) ADALAH TIDAK SAH DAN TERBATAL!!!!
Dalam satu keputusan penting oleh mahkamah kedua tertinggi di negara ini, Mahkamah Rayuan terdiri dari YAA Hakim Dato' Mohd Ariff Yusof, YAA Dato' Mah Weng Kwai dan YAA Hakim Dato' Hamid Sultan Abu Backer sebulat suara memutuskan bahawa Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) yang menghukum mereka yang tidak memberikan notis 10 hari sebelum mengadakan perhimpunan, adalah tidak sah.
Dengan ini, hukuman di mana penganjur berdepan dengan dendaRM10,000 diisytiharkan batal dan tidak sah.
Dalam keputusan sebulat suara membatalkan tuduhan terhadap Timbalan Speaker DUN Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, panel tiga orang hakim itu juga mengisytiharkan calon ketua AMK itu, yang didakwa di bawah PAA, dilepas dan dibebaskan.
Beliau didakwa berhubung dengan perhimpunan Black 505 selepas pilihan raya umum 2013.
Inilah wajah-wajah hakim yang berani, tegas dan berintegriti itu .
3 comments:
ni bukan intergriti ni strategii
Bila kena tang hangpa, hakim berani. Tapi bila hangpa terkena, molalah hakim UMNO la, hakim berat sebelah la, Hai dunia dunia....
Hulur dulu makan besar kemudian.. jangan terpedaya dgn lakunan umno
Post a Comment