MANTAN MUFTI PERLIS MENYELAR KERAS KEBIADAPAN MELAMPAU SETIAUSAHA ULAMA MUDA UMNO MENGHINA MUSLIMAH BERTUDUNG LABUH SEBAGAI PELACUR KELAS ATASAN!!!!!
Bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar kenyataan ulama muda Umno dan menyifatkannya sebagai tindakan biadap apabila menyamakan Muslimah bertudung labuh yang menyertai perhimpunan Bantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei lalu dengan pelacur kelas atasan.
Katanya, tindakan Setiausaha Ulama Muda Umno (Ilmu), Mohd Radzi Othman menggunakan hadis dilihat bukan sahaja menghina malah ia amat menjatuhkan martabat Rasulullah.
Mohd Asri berkata mengkritik atau mempunyai perbezaan pendapat itu merupakan satu perkara yang seringkali terjadi, namun bukan sehingga mengeluarkan kata-kata menghina.
“Ulama muda Umno membuat satu kenyataan yang biadap sama ada setuju atau tidak, kita boleh mengkritik, tetapi menyamakan mereka dengan pelacur malah menggunakan agama itu ialah satu kebiadapan dan lambang buruknya nilai akhlak dan perilaku.
“Kemudian dia juga cuba untuk mempertahankan kenyataannya itu dengan menggunakan hadis yang salah, ia menjatuhkan dan seakan-akan menghina Rasullah,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
3 comments:
Takut Allah balikkan pada keluarga sendiri. Nauzubillah
Dia ahli Maghzab baru kot atau Maghzab Syafiei
Maghab Syiah ke Syafiei tu
Post a Comment