Nuffnang

Wednesday, May 7, 2014

Pemain JDT curi duit dipecat serta merta

Pemain JDT curi duit dipecat serta merta

Johordtlogo2014JOHOR BAHRU -  Seorang pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dipecat hari ini, selepas mengaku mencuri wang RM500 milik rakan sepasukan di dalam bilik persalinan di padang bola Seri Gelam di sini pada 1 April lalu.
Dalam kejadian 8.30 pagi itu, mangsa yang berusia 26 tahun meletakkan begnya di dalam bilik persalinan sebelum mengikuti sesi latihan dan kembali semula kira-kira dua jam kemudian.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan laporan kejadian dibuat mangsa hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut mengesahkan kejadian dan pemain terbabit digugurkan dari pasukan JDT berkuatkuasa hari ini.
“Kita telah mengambil keputusan untuk mengeluarkan beliau daripada pasukan hari ini dan saya ingin ucapkan selamat maju jaya kepada beliau,” katanya kepada pemberita dan wakil-wakil kelab penyokong bola sepak Johor.
Menurutnya, walaupun PBNJ mengambil keputusan memecat pemain terbabit, tetapi pada masa yang sama menyerahkan kes itu untuk siasatan polis.
Seorang pemain pertahanan berusia 26 tahun yang mendakwa wangnya dicuri membuat laporan polis pada 1.37 tengah hari tadi di Ibu Pejabat Polis Johor Baharu Selatan.
Menurut salinan laporan polis yang dibuat pemain terbabit, beliau telah meletakkan begnya yang mengandungi RM500 di dalam beg persalinan dan mendapatinya hilang apabila selesai sesi latihan itu.
Beliau mengadu kepada penjaga pasukan dan mereka telah meneliti kandungan kamera litar tertutup dan mengenal pasti pemain yang bertanggungjawab melakukan perbuatan terbabit.
Berikutan rakaman kamera litar tertutup itu, penjaga pasukan JDT itu itu menemui pemain terbabit dan mengakui perbuatannya itu.
Laporan polis itu turut menyatakan kes terbabit sedang disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. – New Malaysian Post

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung