Nuffnang

Monday, May 26, 2014

Perghh !! Kerana Tidak Mahu Luluskan Pinjaman 40 Juta..Kontrak Datuk Sabbaruddin Chik Sebagai Pengerusi Bank Rakyat..Tidak Disambung .

AKHIRNYA TAN SRI SABARUDDIN CHIK SAHKAN JAWATANNYA SEBAGAI PENGERUSI BANK RAKYAT TIDAK DISAMBUNG GARA-GARA CAMPUR TANGAN HASAN MALEK KERANA ENGGAN TUNDUK ARAHANYA LULUSKAN PINJAMAN RM40 JUTA SELAMA 30 TAHUN TANPA FAEDAH KEPADA DEEPAK JAIKISHAN!!!!
 
 



Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato' Seri Hassan Malek dikatakan memecat Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabaruddin Chik kerana enggan meluluskan pinjaman RM40 juta tanpa faedah selama 30 tahun kepada ahli perniagaan, Deepak Jaikishan.


Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik mendedahkan khidmatnya tidak disambung gara-gara pinjaman bernilai RM40 juta yang dibuat oleh seorang individu yang rapat dengan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Sabaruddin memberitahu individu tersebut menggunakan jaringan politiknya untuk melangsaikan baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta tanpa faedah.

"Individu yang berhutang tersebut tidak sepatutnya berbincang dengan menteri, hutang beliau dengan Bank Rakyat jadi kenapa perlu jumpa menteri?".

Sabaruddin mendedahkan individu tersebut bertemu dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek yang bertindak masuk campur tangan.

"Malah apabila menteri dapat tahu, dia berkata 'saya boleh pecat kamu semua'," kata Sabbaruddin merujuk kepada Hasan.

Sabbaruddin memberitahu Lembaga Pengarah Bank Rakyat pada mulanya untuk menolak penyelesaian mudah yang diberikan bagi menyelesaikan baki pinjaman individu tersebut dengan tempoh bayaran selama 10 tahun melalui 120 keping cek "post dated".

"10 tahun bayar hutang tanpa faedah, maknanya bank rugi tanpa faedah," kata Sabaruddin menjelaskan mengenai penyelesaian mudah tersebut.

1 comment:

Marda Mind said...

haha keren sekali saudara postingannya jangan lupa kunjungi blog saya juga ya ditunggu

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung