Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Wednesday, May 28, 2014

Terbaru MH370: Data mentah Satelit didedah


MH370: Data mentah Satelit didedah









KUALA LUMPUR: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada Selasa mendedahkan data satelit yang belum diproses daripada firma United Kingdom Inmarsat.
Data berkenaan digunakan untuk mengesan pola penerbangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.
“Inmarsat dan DCA bekerjasama untuk mendedahkan data log komunikasi dan keterangan teknikal analisis,” kata jabatan itu menerusi kenyataan pada Selasa.
Menurut kenyataan itu lagi, maklumat sebanyak 47 muka surat itu mengandungi data log komunikasi serta penjelasan dan jadual yang berkaitan itu dibebaskan mengikut arahan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Penerbangan MH370, yang membawa 239 orang, hilang daripada imbasan radar ketika berada di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini pukul 12.41 tengah malam.
Pesawat Boeing 777-200ER itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi pada hari yang sama.
Pendedahan data belum diproses itu adalah bagi memenuhi permintaan anggota keluarga penumpang pesawat MH370.
Data itu juga boleh digunakan oleh pakar-pakar global untuk membuat analisis. -Mstar
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung