Nuffnang

Wednesday, June 25, 2014

Jatuh Dari Jambatan : Pemuda Terselamat Setelah Kereta Terjatuh Dengan Ketinggian 15 Meter.


Chukai: Seorang pemuda melalui detik mencemaskan selepas kereta Proton Satria Neo dipandunya terbabas sebelum terjatuh dari Jambatan Bukit Kuang, dekat sini, setinggi 15 meter, petang tadi.
Kemalangan di Kilometer 149 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan itu menyebabkan mangsa Nazlie Ali, 27, yang berasal dari Kampung Padang Marang, Merchang, Marang patah tangan kiri dan cedera di kepala dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 4.45 petang. 

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila mangsa dikatakan gagal mengawal kenderaannya selepas melalui satu selekoh di situ sebelum melanggar penghadang jambatan. 

Rempuhan kuat itu menyebabkan kereta yang dipandunya itu berpusing sebelum terjatuh dari jambatan terbabit.
Foto
KEADAAN kereta dinaiki mangsa yang terjatuh dari Jambatan Bukit Kuang.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu kemudiannya bergegas memberi bantuan mangsa yang tersepit di tempat duduknya.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai turut dipanggil ke tempat kejadian untuk membantu mangsa. 

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian dan mangsa yang cedera kemudiannya dikejarkan dengan ambulans ke Hospital Kemaman.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung