Nuffnang

Sunday, June 1, 2014

Dyana Sofia : Perjuangan Saya Belum Selesai..


  • Dyana Sofya Dyana Sofya
 1 / 1 
TELUK INTAN - Walaupun gagal membawa DAP mempertahankan kerusi Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menganggap perjuangannya di Parlimen Teluk Intan masih belum selesai terutama misi menghapuskan politik perkauman.

“Terutama yang memerlukan (penduduk Teluk Intan) saya, jangan kecewa... Setia bersama saya dan teruskan perjuangan yang belum selesai,” katanya.

Dyana Sofya yang berpakaian baju kurung turut sebak ketika berucap di hadapan kira-kira 200 orang penyokongnya.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya menerima secara terbuka akan kekalahan calon parti DAP di PRK Teluk Intan dan mengakui kemenangan calon BN, Datuk Mah Siew Keong.

Katanya, buat masa ini pihaknya akan mengambil masa untuk ambil tindakan termasuk buat analisis kekalahan calon DAP dan lain-lain tindakan susulan.

“Ada kemungkinan akan mencabar keputusan PRK tapi kita akan buat satu persatu dalam masa terdekat.

“Kemerosotan pola pengundi kaum cina pada PRK kali ini punca dikenal pasti termasuk penurunan jumlah pengundi luar.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula berpendapat pencalonan Dyana Sofya membawa satu perubahan zaman politik di Malaysia.

“Dengan pencalonan Dyana Sofya kita boleh memulakan satu tahap baharu dalam politik, tetapi mungkin memerlukan sedikit masa ke arah itu,” katanya.

 

1 comment:

Anonymous said...

mana nakselesai bila ge terang2 kata dap kalah prk ti sebab dna soya melayu..celaka kot!
leh sennyum2 sumbing kira ok lah.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung