Nuffnang

Saturday, July 5, 2014

Perghhh!!! Kantoooi Tak Berpuasa.


Kantoi tak puasa #SHPHG

KUALA LIPIS - “Dari awal lagi saya memang sudah nekad tidak mahu berpuasa sebab saya perlu melakukan kerja berat di bengkel.


Begitu alasan mudah yang diberikan seorang lelaki untuk tidak berpuasa ketika sepasukan anggota Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) Lipis menahannya di sebuah premis makanan di sini.



Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah hari itu, lelaki berusia 26 tahun itu sedang membeli makanan secara bungkus tanpa rasa bersalah di sebuah restoran mamak.



Difahamkan restoran terbabit merupakan antara tempat kaki ponteng puasa yang datang untuk membeli makanan.



Dalam operasi selama dua jam yang diketuai Ketua Penguat kuasa Agama Daerah, Muhammad Salman Sho Khaimin bersama lapan anggota, Paid Lipis telah menahan dua orang lelaki atas kesalahan tidak berpuasa.



Timbalan Kadi Lipis, Amirul Farhan Wahi berkata, pelbagai alasan diberikan kaki ponteng terbabit untuk mewajarkan perbuatan mereka itu dan mereka juga sering dilihat tidak segan silu membungkus makanan.



“Terdapat juga kenderaan yang melalui lorong belakang kedai untuk memesan makanan kepada pekerja kedai berkenaan namun menyedari tingkah laku mereka diperhatikan, pemilik kenderaan berlalu pergi.



“Selain itu, mereka juga menggunakan taktik menempah makanan lebih awal dan akan datang selang beberapa jam untuk mengambil makanan. Selain itu, mereka turut menggunakan orang tengah yang bukan beragama Islam untuk mendapatkan makanan,” katanya di sini, semalam.



Muhammad Salman berkata, pihaknya akan terus melakukan serbuan dan intipan di setiap lokasi sekitar daerah ini yang disyaki menjadi lokasi ‘panas’ golongan tidak berpuasa makan dan minum.



“Mereka yang ditahan boleh didakwa di bawah Seksyen 22 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 Negeri Pahang iaitu denda sehingga RM3000 atau 2 tahun penjara,” katanya.

3 comments:

Sekolah Bahagia said...

aku bukanlah nak menyokong orang tidak berpuasa tetapi jika seseorang muslim membungkuskan makanan dan membawanya ke rumah atau ke bengkel dan sebagainya secara tertutup tanpa makan secara terbuka tanpa malu adalah tidak menjadi satu kesalahan besar hingga harus ditangkap dan dipenjarakan.

Kemungkinan besar pada hari itu seseorang sukar untuk berpuasa. Mengintip dan menangkap seseorang muslim yang sedaya upaya untuk tidak makan secara terbuka adalah tidak wajar samasekali. Banyak maksiat besar berlaku depan mata tapi tak ditegah oleh jabatan agama...

Anonymous said...

orang perempuan kalau tak boleh puasa dibenarkan makan. jangan menunjuk nunjuk tak puasa oklah. Yg kamu sampai mengintip orang tak puasa apa hal.ugama islam ajar atau jab agama yg ajar. agak agak kah.

Anonymous said...

lebih pada glamer masuk tv atau surat khabar urg tengok buat kerja tangkap org tak puasa

sesetengah penguatkuasa tu sendiri yg tak puasa sbnrnya

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung