MENERUSI
Facebook Sarawak Update, seorang lelaki yang dikenali sebagai Thomas Loh
meluahkan rasa kesalnya terhadap sikap pilih kasih sebuah hospital swasta dalam menerima pesakit.
Menurutnya,
satu kemalangan motosikal telah berlaku di Jalan Pedada, Sibu yang melibatkan
tiga beranak.
Dalam
keadaan cemas, dia segera pergi ke sebuah hospital swasta berdekatan bagi
memaklumkan kejadian itu dengan harapan mereka akan menerima ketiga-tiga mangsa
sebagai pesakit.
Malangnya, jururawat yang
bertugas menolak permohonannya dan memberitahu mereka bimbang tiada siapa yang
akan bertanggungjawab untuk membayar bil rawatan para mangsa.
Tambahnya
lagi, hospital kerajaanlah yang sepatutnya bertanggungjawab untuk kes
itu.
Justeru,
Thomas mengecam sikap pihak hospital tersebut yang dianggap lebih mementingkan
keuntungan berbanding tanggungjawab untuk menyelamatkan pesakit.
Nampaknya,
hospital kerajaan jugalah yang mengangkat tahap kesihatan lebih tinggi daripada
wang ringgit. Credit MNH
6 comments:
dalam hal ni... doktor yang merupakan pentadbir hospital lah yang bertanggungjawab... jururawat atau sesiapa saja selain doktor yg biasanya menjadi kepala dalam hospital tidak berupaya utk membantah arahan atau diberhentikan kerja... ini semua cerita pasal income doktor... etika kedoktoran tolak tepi... money come first... jadi pihak pemerintah kenelah perihatin dgn membuat undang2 supaya hal2 begini yg melibatkan nyawa dan keselamatan rakyat tidak diperjudikan. bagi lah syarat jika nak buka hospital swasta mesti terima pesakit tanpa alasan... ini tak... pemenrintah pun tumpang sekaki dapat habuan... yg mampos adalah rakyat yg tak berduit... dah lah harga barangan mahal.. servis utility pun mencekek darah... pemerintah dok mengangkang bebas boros berbelanja sana sini... bini masing2 happy shopping obersea...
Inilah realiti kehidupan.
Kalau betul apa yang diberitakan ini, sememangnya ia suatu kesalahan yang besar. SEMUA hospital mesti menerima kes kecemasan seperti ini walaupun pesakit tiada wang atau insurance. Mereka mesti menstabilkan pesakit dahulu lepas itu bolehlah di hantar ke hospital kerajaan sekiranya tiada kemampuan.
hospital swasta mmg macam tu sbb diorg kejar untung semata2..
memang hospital swasta bertujuan untuk mengambil keuntungan semaksima mungkin dari orang awam yang datang untuk mendapatkan rawatan, disini lah kesalahan pihak kerajaan yang sepatutnya tidak membenarkan hospital swasta dibina dinegara kita sekiranya mereka mahu membela kebajikan prihatin terhadap rakyat
astagfirulloh sungguh malang sekali...
aku sangat suka sekali dengan info ini terimakasih... tau ga kawan Khasiat Jelly Gamat Gold G untuk Obat Rematik, Obat Asam Urat,Obat Gagal Ginjal Solusi pengobatan herbal terbaik.
Info Cara Mendapatkan obat jelly Gamat Gold G silahkan klik ->> Cara Pemesanan Jelly Gamat Gold G
Post a Comment