Nuffnang

Tuesday, August 5, 2014

CUBAAN SIHIR PESURUHJAYA PAS SELANGOR BERJAYA DIKESAN.

CUBAAN SIHIR PESURUHJAYA PAS SELANGOR MERANGKAP EXCO KANAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR BERJAYA DIKESAN.



Dua bahagian  tempurung kelapa dipercayai digunakan untuk tujuan ilmu hitam  yang tertera  nama Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad ditemui di kawasan Kampung Pandan dan Pusat Khidmat Masyarakat Adun berkenaan, semalam.

Tempurung kelapa yang dibelah dua itu dipenuhi nama Iskandar yang ditulis oleh individu tertentu  menggunakan pen marker.

Iskandar yang juga Adun Cempaka, Iskandar ketika dihubungi memaklumkan bahawa dua bahagian tempurung kelapa itu ditemui oleh ahli Pas dan juga petugas  pusat khidmat masyarakatnya pagi semalam.

Menurutnya dia terkejut selepas dimaklumkan mengenai penemuan berkenaan.

“Saya  yakin ada orang cuba menakut-nakutkan dengan cara ini,”katanya.

Menurutnya lagi, sepanjang kariernya menjadi ahli politik dan pemimpin masyarakat ini kali pertama dia menerima ugutan seperti itu.

“Mungkin ada yang tidak berpuas hati dan mahu menguji saya dengan cara tidak elok seperti ini.

“Setakat ini tiada apa-apa gangguan halus diterima oleh saya mahupun ahli keluarga yang lain, saya hanya berserah dan berlindung hanya  kepada ALLAH,”katanya.

Menurutnya, bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku, Pas kawasan Pandan akan  mengadakan solat hajat pada malam Jumaat minggu ini.

“Pegawai saya akan buat laporan polis tentang perkara ini untuk tujuan keselamatan kerana tindakan ini seperti cuba mengugut saya,”katanya.

Katanya, dia tidak mahu menuduh mana-mana pihak terbabit dalam perkara berkenaan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung