Nuffnang

Thursday, August 7, 2014

Guan Eng bagi tempoh 24 jam untuk Nasrudin minta maaf


Guan Eng bagi tempoh 24 jam untuk Nasrudin minta maaf

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan jika beliau gagal membuat permohonan maaf tanpa syarat kerana mengeluarkan kenyataan tanpa asas berkenaan terowong bawah laut Pulau Pinang.

Lim berkata, Nasruddin berpegang kepada "dakwaan dan penipuan tidak berasas" berkenaan pembiayaan projek pembinaan terowong dasar laut dan penganugerahan projek berbilion ringgit itu. "Nasruddin mempunyai 24 jam untuk menarik balik penipuannya dan membuat permohonan maaf kepada saya," kata Lim di pejabatnya di Pulau Pinang, hari ini.

Lim berkata, tindakan undang-undang akan dikenakan kepada Nasruddin sekiranya beliau gagal berbuat demikian kerana "penipuan yang dilakukannya sama seperti cybertroopers yang pro Umno dan Barisan Nasional (BN)". Katanya, jika Nasruddin merupakan umat Islam yang baik, dan tidak hipokrit, beliau sudah tentu akan menarik balik dakwaan yanng dibuatnya.

ADMIN :

Admin sangat sokong tidakan CM pulau pinang. Demi membersihkan nama baik kerajaan pulau pinang dan juga pakatan rakyat . Kita tunggu reaksi nasruddin. 

4 comments:

Anonymous said...

tantawi ug mana ada batu, sengap le lepas ni...malang bg org temerluh buang dato' saifudin dan pilih mangkuk ni...

Anonymous said...

Budak alphard ni sedap mulut bercakap, masa jadi Kp pas entah ape die buat. Masa kat parlimen kentut xbebunyi.. Mulut macam kene gam. Blahla UG BOY!

Anonymous said...

memalukan... org PAS gini rupa ke?? next GE, let's change..

Anonymous said...

betul tu kat parlimen dia ngan nik adli tak dgr suara langsung

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung