SHAH ALAM – Ahli -ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipercayai sengaja tidak hadir ke Kongres Keadilan 2014 kerana memprotes kepimpinan parti tersebut berhubung pemilihan yang baru sahaja selesai yang dikatakan tidak telus.
Situasi itu jelas kelihatan apabila terdapat banyak ruang kosong dalam Stadium Malawati, Shah Alam, tempat di mana kongres itu diadakan sejak.
Bekas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mazli Saring ketika dihubungi mendakwa, bilangan ahli yang tidak ramai hadir pada kongres tersebut membuktikan PKR telah ditolak oleh ahli-ahlinya sendiri.
“Barisan kepimpinan PKR kena terima hakikat ahli-ahlinya mungkin memprotes kongres tersebut melalui kehadiran yang amat berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini.
“Sebab apa protes? Sebab mereka mungkin tak puas hati dengan perjalanan proses pemilihan parti yang dikatakan tidak telus tetapi tidak diendahkan oleh kepimpinan parti,” kata Mazli yang telah dipecat keahliannya.
Jelas Mazli yang merupakan Pengerusi Persatuan Anak Selangor Sokong Menteri Besar (Passmeb), adalah sesuatu yang janggal apabila terlalu banyak ruang kosong di dalam Stadium Malawati, tempat kongres diadakan.
“Kebanyakan yang datang adalah pemerhati yang dibawa ketua-ketua cabang bagi menunjukkan kehadiran ahi PKR sedangkan mereka sendiri mungkin tidak berminat untuk mendengar ucapan Presiden,” ujarnya.
Tambahnya, belum pernah dalam sejarah Kongres Keadilan sambutan yang diterima sebegini rupa.
“Ada baiknya pada kongres ini dibincangkan soal kehadiran ahli dan cari puncanya agar parti ini dapat diselamatkan,” katanya.
No comments:
Post a Comment