4 FOTO ... 2 PENJENAYAH PALING DIKEHENDAKI AKHIRNYA
TERSUNGKUR MATI DALAM KEJADIAN BERBALAS TEMBAKAN
DENGAN PDRM ... TABIK DAN TAHNIAH!!!!
Selepas lebih setahun diburu, penjenayah paling dikehendaki, ‘Mat Hatim’
atau nama penuhnya Hatim Mohd Zain, 25, akhirnya tersungkur apabila maut
dalam satu kejadian berbalas tembakan di sebuah rumah tidak bernombor
di Kampung Banggol Telipot, Pasir Puteh, jam 4.10 pagi tadi.
Turut maut adalah seorang lagi rakan sekutunya Mohamad Hafiz Saupi, 25,
dari Kampung Merak Banggu, Bachok.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh
berkata, Mat Hatim sudah lama diburu berikutan terbabit kes bunuh dan tembak
di Kampung Kemasin, Bachok, Februari tahun lalu.
“Operasi pagi tadi dikendali sepasukan anggota Operasi Khas Bahagian Siasatan/ Perancangan (D8) Bukit Aman yang bertindak menyerbu rumah sewa didiami
dua suspek terbabit sejak dua bulan lalu.
“Dalam serbuan itu suspek melepaskan tujuh das tembakan yang turut
mencederakan tiga anggota termasuk seorang pegawai.
“Namun ketiga-tiganya yang cedera di pergelangan tangan, peha dan perut berada
dalam keadaan stabil, dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian,” katanya pada sidang media sebentar tadi.
Mohmad percaya dengan kematian suspek polis berjaya menyelesaikan dua
kes bunuh, tiga kes cubaan bunuh dengan senjata api selain dadah yang aktif
dilakukan sejak tiga tahun lalu.
Polis turut merampas dua pucuk pistol jenis Compact Cz 75D dan .38
buatan Brazil berhulu kayu berwarna coklat.
No comments:
Post a Comment