Nuffnang

Wednesday, September 17, 2014

4 Gambar Beberapa Perwakioan Pemuda PAS keluar Dewan Ketika Mat Sabu Berucap..Adakah Mereka Protes Mat Sabu ?


4 FOTO, BEBERAPA PERWAKILAN PEMUDA PAS KELUAR DEWAN KETIKA MAT SABU SELAKU TIMBALAN PRESIDEN PAS MENYAMPAIKAN UCAPAN PERASMIAN MUKTAMAR DEWAN PEMUDA PAS PUSAT. Omakau.



Kira-kira 50 perwakilan Pemuda PAS keluar dewan muktamar dewan tersebut ketika Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu menyampaikan ucapannya.

Mereka memakai jaket warna hitam bertulis 'kami bersama Presiden dan Majlis Syura.'

Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tidak sehaluan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ulama PAS berhubung isu menteri besar Selangor.

Kebanyakan mereka dipercayai perwakilan dari Pahang, Terengganu dan Selangor.

Mereka bertindak keluar meninggalkan dewan sebaik sahaja Mat Sabu memulakan ucapan perasmian muktamar Dewan Pemuda PAS pusat.

Beberapa di antara mereka yang keluar itu enggan memberi komen.

2 comments:

Unknown said...

tindakan paling bodoh khianat tidak layak sebagai pelapis PAS lebih bodoh dari tali barut musuh islam....

Unknown said...

bagaimana pula jika Presedent berucap group mat sabu keluar dewan inilah tiada kematangan dalam majlis sura bagaimana kami ahli nak berasa bangga dengan majlis sura yang nampak tiada kematangan,kami mengantar kamu semua kesana bukan untuk protes memprotes

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung