Nuffnang

Monday, September 15, 2014

Cucu Yang Comel Hilang : Nenek Yong Gayah Tawar RM1,000 Di Facebook Untuk Hadiah Cari Cucunya


Seorang nenek menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak RM1,000 kepada sesiapa yang membantu sehingga cucunya itu kembali ke pangkuan keluarga.

Berita itu disiarkan di laman Facebook nenek tersebut yang bernama Yong Gayah semalam yang berbunyi:-
  


Saya kehilangan cucu bernama Fatin @ Baby berusia 15 tahun.. mohon
 beri maklumat dan sebarkan kepada orang ramai..
Sesiapa yang dapat memberi maklumat hingga menjumpai anak ini.. 
akan diberikan ganjaran RM1000.00..

Difahamkan cucunya bernama Fatin atau panggilan manja Baby berusia 
15 Tahun, hilang sejak dua hari lalu di Teluk Intan, Perak.

Kepada sesiapa yang menjumpai atau boleh menghubungi Fatin maklumlah 
kepadanya bahawa keluarganya sedang mencarinya.. Sesiapa mempunyai 
maklumat untuk membantu nenek Yong Gayah mencari cucunya salurkanlah 
kepada nenek Yong Gayah di laman Facebooknya https://www.facebook.com/yong.gayah.. Mudah-mudahan Fatin berada dalam keadaan selamat dan kembali 
ke pangkuan keluarganya segera..

Berikut beberapa gambar Fatin..



1 comment:

Anonymous said...

Dah banyak kes family kena tipu..umur 13~15 dah masuk paper..bila nak makan nasik,kena masak sendiri baru panggil mak.. hari tu ckp lautan api sanggup ku renangi kan kan.Nanti rasa susah..akan call parent dtg ambik..

Jika sesiapa yg x caya blh baca 'BUDAK ZAMAN SKRANG DAH TERLAMPAU ADVANCE'..aku harap dpt baca berita psl bdk pompuan tu 2,3 tahun nanti

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung