TANPA PAS DALAM PAKATAN RAKYAT, PKR DAN DAP JUGA TURUT KERUGIAN BESAR DAN JANGAN MIMPI NAK TAWAN PUTRAJAYA .... SUBKY LATIF
Penulis politik terkenal Subky Latif mengingatkan, bukan PAS sahaja yang akan rugi jika parti Islam itu keluar daripada Pakatan Rakyat.
Sebaliknya, kata kolumnis akhbar web PAS Harakahdaily itu, ia akan turut memberi kesan kepada DAP, PKR serta masa depan karier politik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“DAP boleh masuk kampung sekarang kerana ia dibawa oleh penyokong PAS. Kalau PAS sudah tidak bersamanya, mungkin ia terpaksa mengambil 50 tahun lagi untuk jadi parti 'Malaysian Malaysia'.
“Masa itu bukan saja (ketua anggota parlimen DAP) Lim Kit Siang sudah mendiang, (Setiausaha Agung Lim) Guan Eng juga mendiang.
“Buat Brother (saudara) Anwar, apa pula ruginya? Almarhum tanpa jadi perdana menteri,” katanya.
Dalam kolumnya di Harakahdaily hari ini, Subky (kanan) juga berkata, ketiga-tiga parti dalam Pakatan akan kehilangan banyak kerusi jika Pakatan berpecah dan bertanding sesama sendiri dalam pilihan raya raya, selain berdepan BN.
Katanya, DAP mungkin dapat pertahankan banyak kerusi kerana tidak bergantung kepada undi Melayu, tetapi ia akan hilang penyokong Melayu di seluruh negara.
'Tak keluar kecuali dikeluarkan'
Memetik bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib (bawah) yang kini menganggotai PAS, Subky berkata, PAS akan rugi besar jika keluar daripada Pakatan.
“...dan saya yakin beliau pun tahu PAS tidak akan keluar daripada Pakatan kecuali dikeluarkan, atau DAP dan PKR keluar daripada Pakatan Rakyat,” kata Subky.
Veteran politik itu menegaskan, daripada mula PAS tidak berganjak daripada Pakatan, cuma rakan Pakatan tidak membantu PAS untuk “merungkai perbezaan yang sesungguhnya banyak”.
“PAS tidak dapat beri lebih daripada yang dimampunya,” tambahnya lagi.
Beliau juga menyuarakan kritikan terhadap Langkah Kajang untuk menukar menteri besar yang dilihatnya “seperti hendak meminggirkan PAS daripada Pakatan”.
“Yang ikut merasa sedih dengan gara-gara Langkah Kajang sekarang bukan penyokong Pakatan saja, (bekas timbalan perdana menteri) Tun Musa Hitam yang ingin melihat demokrasi itu subur juga terkilan dengan cara politik Selangor ditangani,” katanya.
Nuffnang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Kami Tolak Mat Sabu, Mujahid SEBERANG JAYA: PAS Kawasan Permatang Pauh mengambil tindakan radikal apabila turut menolak untuk be...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
salam buat semua... Semalam saya ada buat lawatan ke beberapa blog yang telah berjaya mengesan aktiviti tidak sihat, dalam menaikkan traffic...
-
KUALA LUMPUR - Ratu rock negara, Norzila Aminuddin yang lebih dikenali dengan panggilan Ella dijangka menamatkan zaman daranya tidak lama la...
-
Ini yang tak tahan..Banner bergerak pakai lori Konvoi anak muda dari seberang Jaya ke Bagan, Bworth. 1000 biji motosikal seba...

No comments:
Post a Comment