Nuffnang

Thursday, October 30, 2014

Kes pukul: Mara gantung 8 pelajar Terlebih Cerdik di Balik Pulau




Kes pukul: Mara gantung 8 pelajar MRSM Balik Pulau

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Lapan pelajar lelaki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang yang terbabit dalam kes pukul seorang pelajar tingkatan dua pada 22 Oktober lalu, digantung persekolahan serta merta, lapor Bernama.
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) Azmi Mohamad berkata pelajar terlibat juga boleh dikenakan tindakan buang sekolah sekiranya didapati bersalah.
  
Menurutnya, perkara itu akan disiasat secara rapi dan terperinci dengan mengambil keterangan semua pihak.

"Sebarang tindakan akan diputuskan melalui mesyuarat Jawatankuasa Disiplin MRSM," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
  
Isnin lepas, polis menahan lapan pelajar terbabit di sekolah itu dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dengan diiringi guru mereka bagi membantu siasatan kes berkenaan.
  
Azmi berkata, Mara bagaimanapun masih belum mendapat sebarang laporan rasmi daripada doktor Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang di mana pelajar yang dicederakan itu telah mendapat rawatan bagi mengesahkan dakwaan beliau patah tulang rusuk akibat dipukul

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung