Nuffnang

Wednesday, November 12, 2014

Azmin nafi guna Kidex jatuhkan Khalid

Azmin nafi guna Kidex jatuhkan Khalid



Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali memberi jaminan akan mengambil kira pandangan rakyat dan semua pihak berkepentingan sebelum membuat keputusan bagi menyelesaikan isu berkaitan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

Beliau berkata pandangan rakyat dan pihak berkepentingan seperti persatuan penduduk di kawasan terlibat adalah penting kerana mereka merupakan golongan yang akan menerima kesan apabila projek lebuh raya bertingkat itu dijalankan.

Azmin, bagaimanapun menafikan menggunakan isu Kidex untuk mendapatkan sokongan bagi menjatuhkan bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya pentadbiran beliau juga tidak akan menghalang sebarang pembinaan lebuh raya baharu selagi proses dan rundingan berkaitannya dilakukan dengan telus.

"Pembinaan mana-mana lebuh raya perlulah menguntungkan rakyat dan pengguna," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Ikrar Integriti Korporat oleh empat anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Shah Alam hari ini.

Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Kidex dicadang bermula di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) berhampiran Damansara dan berakhir di Lebuhraya Bukit Jalil berhampiran Kinrara.

Lebuh raya itu akan merangkumi laluan utama sepanjang 14.9km serta susur lebuh raya sepanjang 11.2km.

Sebagai sebuah lebuh raya bertingkat sepenuhnya, 90 peratus daripada laluan Kidex akan dibina atas rizab jalan.

Apabila dibuka kelak, ia akan memenuhi keperluan bagi penduduk di kawasan utara-selatan Lembah Klang yang kini mempunyai sambungan jalan yang terhad, selain menampung lalu lintas kenderaan yang semakin sesak.

- Bernama

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung