Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Saturday, November 22, 2014

Blogger Fitnah Saya Rentung Dalam Neraka - Sumpah Azwan. Ali.




Berang dengan tindakan sesetengah pihak yang didakwanya memutarbelitkan fakta kejadian sebenar, Azwan Ali meluahkan rasa kesal dan marahnya.



Beberapa hari yang lalu, gambar Azwan Ali bertudung tersebar meluas di laman sosial sehingga menimbulkan tanda tanya netizen motif dia bertudung sedangkan dia seorang lelaki.



Baca luahan kesal dan amarahnya di bawah;



“Kepada haters, biarkan mereka menyalak dan terus mereput. Tetapi tolong sedar dan muhasabah diri sebelum mereka semua rentung terbakar dek kerana memfitnah Azwan Ali.









“Mereka (blogger) sengaja mahu memperbesarkan berita ini kerana perkara ini sedang menjadi isu semasa tetapi mereka tiada pun mengutuk aktor lelaki yang memakai tudung dalam filem baru ini dan juga menjadi sotong dalam drama yang sedang disiarkan sekarang.



“Ini semua kerja blogger yang tidak takut azab api neraka sehingga sanggup fitnah serta mengaitkan politik dan Azmin Ali dalam hal ini. MB Selangor tidak mahu buang masa melayan hal ini kerana dia ada lagi banyak isu rakyat yang patut diutamakan.



“Aku pakai perempuan bertudung untuk berlakon muka aku sebiji perempuan, yang penting tak hodoh. Why bother?,” antara petikan ungkapan panas daripada Azwan Ali ketika ditemubual melalui telefon sebentar tadi.



Azwan juga kesal dengan komen yang diberikan dimana kesemua tuduhan yang dibuat tidak benar dan semua disebabkan fitnah pihak yang memang tidak senang hati dengan dirinya. Walhal lebih banyak pendedahan yang menampilkan golongan lelaki berpakaian perempuan serta bertudung di dalam filem serta di kaca televisyen.




Dalam luahan kesal Azwan Ali di atas dilihat cuba melibatkan Sharnaaz. Umum tahu, Sharnaaz baru-baru ini terlibat dalam drama Suamiku Encik Sotong. 


Sharnaaz dalam drama Suamiku Encik Sotong

Sebelum ini juga, kedua-dua selebriti ini pernah berperang gara-gara kelancangan mulut Azwan Ali yang menghina bangsa melayu di bulan ramadhan yang lalu.

Tidak kiralah sesiapa pun seseorang itu, tetapi mana-mana lelaki yang berpakaian dan menyerupai wanita adalah tidak dibenarkan. Kementerian Komunikasi & Multimedia sepatutnya mengharamkan mana-mana selebriti berpakaian seperti wanita dalam drama mahupun filem ataupun program-program realiti tv
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung