Nuffnang

Thursday, November 13, 2014

Perghhh Lori GAS LPG Terbalik Di Utara Trowong Menora.. Tong Gas Berselerak..



LORI GAS LPG TERBABAS MENYEBABKAN TONG GAS TERPELANTING KE JALAN BERTENTANGAN.
Kuala Kangsar : Sebuah kereta jenis Perodua Alza terbakar selepas tong gas yang yang terjatuh dari sebuah lori dirempuh meletup di Kilometer 257 Lebuhraya PLUS arah utara selepas Terowong Menora, di sini, pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, sebuah lagi kereta jenis Proton Exora turut rosak apabila merempuh tong gas yang bertaburan di atas lebuh raya.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar berkata, pihaknya yang tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian mendapati tong berkenaan bertaburan di atas lebuh raya selepas dipercayai terjatuh dari lori yang terbalik.
Katanya, Perodua Alza berkenaan kemudian merempuh tong gas menyebabkan berlaku letupan dan kenderaan itu terbakar.
Menurutnya, kesemua mangsa terbabit dalam kejadian itu berjaya keluar dengan selamat dan dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan kecederaan.
Menurut Twitter @plustrafik laluan kontra dibuka di KM 257.3 bagaimanapun trafik masih perlahan.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung