Nuffnang

Sunday, November 2, 2014

TIP SEMPOI !!! 3 petanda wanita dah mula jatuh hati!


Selain lelaki yang selalu ego untuk meluahkan perasaan cinta, wanita juga mempunyai masalah yang hampir sama untuk meluahkan perasaan cinta iaitu malu. Ada tiga cara untuk mengetahui sama ada wanita itu telah jatuh cintapada kamu atau tidak.
Wanita Jatuh Cinta 

Cara Pertama: Lihat mukanya apabila berhadapan dengan kamu.

Wanita selalunya malu apabila berhadapan dengan lelaki yang dia suka. Apabila kamu lihat mukanya kemerahan-merahan menahan malu, itu bukti dia suka pada kamu. Dia juga kelihatan lega dan gembira apabila melihat kamu berada dekat dengannya.

  






Cara Kedua: Dia tidak pernah memburuk-burukkan kamu.

Jika kamu perhatikan ada wanita yang tidak pernah burukkan-burukkan kamu, sebenarnya dia ada hati pada kamu. Contohnya ketika kamu melakukan kesalahan, dia seorang sahaja yang tidak menyalahkan kamu. Sebaliknya dia berusah mempertahankan kamu. Dia juga hanya berkata-kata baik mengenai hal peribadi kamu. Dari matanya, dia ingin selalu memberi galakan pada diri kamu.



Cara Ketiga: Dia suka bersembang dengan kamu.

Apabila wanita itu suka atau jatuh cinta pada kamu, dia akan selesa apabila bersembang dengan kamu. Dia akan cuba untuk ikut rentak hidup kamu dan akan cuba untuk bersembang perkara yang betul dengan kamu. Bagi dia, dia mahu menarik perhatian kamu dengan kebijaksanaan yang dia ada.



Jika kamu melihat wanita itu ada salah satu atau semua tanda di atas, betullah sebenarnya wanita itu sudah jatuh hati pada kamu. :)

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung