Nuffnang

Tuesday, December 9, 2014

Dahsyattt Lelaki ‘Kebal’ Sebar Gambar Bogel Bekas Kekasih



Bila bercinta biarlah berpada pada kelak termakan diri sendiri. 
Itu yang berlaku kepada seorang gadis berusia 25 tahun apabila gambar-gambar bogelnya tersebar di laman sosial oleh bekas teman lelakinya.



Ini berikutan apabila mangsa dikatakan memutuskan hubungan cinta mereka sejak dua bulan yang lepas hingga mencetuskan dendam dan berang kepada lelaki tersebut.
KesApa-M
Menurut laporan The Rakyat Post, mangsa, Nor Fathiah Idris, 25 tahun baru sahaja mengetahui perkara tersebut apabila rakannya memaklumkan perkara itu setelah menyedari gambar-gambar Fathiah sedang berkemban memakai tuala tersebar di laman sosial, Facebook pada 2 Disember lalu.
Malangnya, tiada apa mampu dilakukan dan menyekat perkara mengaibkan itu apabila bekas teman lelaki wanita tersebut dikatakan dari keluarga yang terpengaruh.
Perkara itu didakwa oleh ibu mangsa, diberitahu sendiri oleh pihak polis hingga menyebabkan seolah sukar untuk mengambil tindakan.
Lebih parah, gambar bogel tersebut terus menjadi viral di aplikasi permesejan WeChatdengan menggunakan nombor telefon milik Fathiah sendiri.
Menurut Fathiah, perbuatan tidak bermoral yang dilakukan oleh bekas teman lelaki yang dikenali sebagai Irfan ini menyebabkan dia dan keluarganya terpaksa menanggung malu.
“Saya tidak tahu di mana saya nak letak air muka saya ini angkara perbuatan Irfan itu.” ujar Fathiah.
Malah, bekas teman wanita ini turut mengaku lelaki yang pernah dicintainya dahulu pernah terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah dan beberapa jenayah lain di Johor Bahru.
Ibu Fathiah, Fatimah Ismail, 50, sendiri tidak percaya beberapa anggota polis di balai tempat Fathiah membuat laporan mengatakan bahawa lelaki terbabit adalah daripada keluarga berpengaruh.
“Saya sungguh terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh anggota tersebut yang seolah-olah mahu mengatakan bahawa lelaki itu kebal daripada dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.
Irfan didakwa mempunyai abang lelaki yang merupakan exco dalam sebuah parti politik terkenal manakala bapanya pula pemilik sebuah syarikat berkaitan teknologi maklumat. -

7 comments:

Anonymous said...

Trend sekarang cara memikat lelaki...yg kebal tu tolonglah uruskan wahai abang2 polis..

Anonymous said...

pompuan tu pon bodoh gak, sape suruh telanjang. kan dh dapat penyakit.

Anonymous said...

tula...cinta belum tentu ada jodoh..sbb tu jangan tunjuk apa yg tak patut pada lelaki yang bukan bergelar suami..

Anonymous said...

semua da taw ke sape laki gemok babi hamjadah tu.. haha..

Anonymous said...

Mudah sgt serah diri pada lelaki yg bukan suami..beringat2la Wanita..jaga maruah diri.bercinta suma Indah..jgn sampai tergadai body sudahla.....jd mcm ni..satu kluarga malu..

Anonymous said...

Nor Fathiah ni pon x ada maruah, nk letak maruah kat mn? Nak malu kat manusia ka atau Allah swt

Anonymous said...

Moral pengajarannya, jangan mudah mendedahkan tubuh badan untuk diambil foto oleh lelaki yang bukan suami. Atau bersama lelaki yang bukan suami.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung