Nuffnang

Friday, January 23, 2015

BERITA SENSASI : QU PUTEH TAJA AJL29 RM3 JUTA..YANG KOMPLAIN BOLEH KE TAJA ?



Susah pula kalau jadi orang kaya dan banyak duit di Malaysia ini. Bukan apa, bila sudah ada duit, suka hatilah kan hendak buat apa dengan duit yang banyak itu.

Contohnya, hendak bagi sumbangan ke, menderma ke, bina mahligai ke, beli barang kemas atau hendak menaja apa-apa majlis ke?

Macam Datuk Dr. Hajah Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida yang merupakan penaja utama Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL29) menerusi produk Qu Puteh.

Sepanjang dan selepas AJL29 itu, teruk Datuk Vida kena belasah. Macam-macam komen pasal Datuk Vida dan Qu Puteh yang dimuatnaik di media sosial.

Ada yang berunsur lawak namun kebanyakannya lebih kepada mengutuk.

Sampai ada pula sanggup mengedit posting gambar Datuk Vida dalam bentuk kartun.

Memang teruklah kutukan yang dilemparkan terhadap Qu Puteh yang dikatakan terlalu berlebihan mempromosi produk itu sehingga menenggelamkan anugerah muzik berprestij tersebut.

Malah ada yang siap kutuk, produk tempatan seperti Qu Puteh tidak setanding untuk menaja jika dibandingkan dengan kehebatan AJL.

Macam inilah. Secara logiknya kalau sebuah syarikat sudah sanggup menaja sebuah acara hiburan dengan pelaburan berjuta ringgit, sudah tentu menyasarkan pulangan dalam pelaburan (ROI).

Berbaloi ke melabur kalau dapat liputan atau promosi yang ciput? Sepatutnya masyarakat Malaysia berbangga kerana ada syarikat Bumiputera yang sanggup dan mampu menaja RM3 juta untuk sebuah acara.

Bab-bab promosi yang berlebihan, itu memang strategi dan syarat ditetap syarikat kalau sudah menjadi penaja.

Tak kan taja RM3 juta tapi keluar promosi sikit sangat di kaca televisyen. Baik tak payah taja.

Jadi, bagi yang jelik, meluat atau yang tutup televisyen macam selebriti Chef Wan gara-gara promosi berlebihan Qu Puteh di AJL29, apa yang pening kepala sangat.

Hadap sahajalah. Kalau sudah tak suka dengan produk Qu Puteh, tak payahlah beli.

Kalau tak tahan pula ketika menonton masa AJL29, tekan sahaja dalam mood senyap pada alat kawalan jauh televisyen itu atau tukar saluran sekejap.

Atau pun pergi ke bilik air dan dapur cari makanan.

Buat apa hendak marah-marah, kutuk-kutuk produk Qu Puteh. Sudah begitu strategi pemasaran adat orang meniaga.

Selagi mampu dan ada peluang menonjol produk syarikat, kenalah ambil kesempatan.

Apa pun, dalam ramai-ramai yang mengutuk itu, ada juga yang membela Datuk Vida dan produk kebanggaannya.

Siapa lagi kalau buka konduktur muzik terkenal, Datuk Ramli MS. Menerusi statusnya yang dimuatnaik di laman Facebooknya, Ramli menegur sikap sebahagian masyarakat tak habis-habis mempertikaikan Qu Puteh dalam AJL 29.


Tulisnya: "kesian Qu Puteh korang kutuk macam-macam. Dia la yang taja penuh AJL29. Juta-juta duit dia keluar. Korang ingat dia pakai surat khabar ke bayar TV3. Adat orang meniaga macam tu la. Apa pun cara dia tu kan dia. Tahun hadapan siapa-siapa yang berani keluar RM3 juta nak lawan dia saya alu-alukan. Sebab produksi TV3 mesti buat parti lonjak-lonjak suka. Kalau yang berani mati keluar 100 juta lagi best AJL30 buat kat Paris bawa 10 ribu penonton Malaysia sekali. Hahahaha".

Tengok itu, Ramli pun telah mengesahkan tajaan RM3juta oleh Qu Puteh. Jadi kenalah setiap minit di kaca televisyen perlu sebut Qu Puteh sambil buat gaya dua jari di kedua pipi. Barulah putih! - MalaysiaGazette

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung