Nuffnang

Thursday, January 15, 2015

KANTOI CURANG, ISTERI POTONG ANU SUAMI 2 KALI



CHINA - Gara-gara gagal mengawal perasaan marahnya, seorang isteri bertindak menggunting kemaluan suaminya dua kali setelah mendapat tahu perbuatan curang lelaki berkenaan.

Difahamkan, Fan Lung, 32, bapa kepada 5 cahaya mata itu menggunakan telefon bimbit isterinya untuk menghantar emel kepada Zhang Hung, 21, kekasih gelapnya. Bagaimanapun, terlupa untuk menutup akaunnya sehingga menyebabkan perbuatannya itu terbongkar.

Sebaik melihat emel yang dikirim oleh suaminya itu, isterinya, Feng, 30, naik berang dan terus mencapai gunting masuk ke bilik tidur serta menggunting kemaluan suaminya yang sedang tidur.

Ekoran dari kejadian itu, Fan dikejarkan ke hospital untuk menjahit semula organ sulit itu.

Namun, isterinya tidak berhenti setakat itu. Feng memasuki wad suaminya dan menggunting kemaluan lelaki itu buat kali kedua dan membuang anu mangsa ke luar tingkap. 

Pihak hospital hanya mengetahui kejadian itu apabila dimaklumkan oleh pelawat bahawa seorang lelaki berbogel sedang memukul seorang wanita d perkarangan hospital.

Kakitangan hospital segera menahan lelaki yang berlumuran darah di bahagian kemaluan itu dan kakinya dari  terus membelasah wanita berkenaan.

Wanita itu pula dibawa untuk mendapatkan rawatan sebelum ditahan oleh polis kerana tindakannya itu.

Polis dan kakitangan hospital cuba mencari kemaluan Fan tetapi gagal dan dipercayai organ itu telah dimakan oleh anjing atau kucing yang berkeliaran di kawasan hospital. 

Fan yang kehilangan banyak darah terpaksa menjalani pembedahan. Mangsa kini dalam keadaan stabil tetpai emosinya terganggu.

Kekasih Fan yang berada di hospital untuk menemaninya bagaimanapun tetap meneruskan rancangan untuk mengahwini lelaki itu.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung