Nuffnang

Saturday, February 21, 2015

Datuk Siti Nurhaliza Kurang Senang Disenarai Wanita Ketiga Terkaya di Malaysia



Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza yang disenaraikan di tangga ketiga wanita terkaya di Malaysia nyata terkejut dengan senarai yang didedahkan oleh portal savemoney.my itu.


Malah menurut isteri kepada Datuk Khalid Mohd Jiwa itu, jumlah aset kekayaan yang dinyatakan sejumlah RM50juta itu kurang tepat dan secara peribadi tidak menyenangi berita itu.

“Saya tidak begitu senang dengan jumlah yang dinyatakan, kerana saya masih bekerja keras dalam bidang seni dan perniagaan dan tidak begitu tepat untuk membuat penilaian berdasarkan jumlah yang dinyatakan,” katanya.

Walaubagaimanapun, Siti Nurhaliza tetap menyatakan rasa syukur dengan segala rezeki yang telah dilimpahkan kepadanya. - The Rakyat Post

OHMEDIA: Dengan segala usaha dan pencapaian Datuk Siti Nurhaliza, tidak hairan jika beliau mempunyai aset lebih dari apa yang dinyatakan. Semoga terus maju buat Tok Ti.

- See more at: http://www.ohmedia.my/2015/02/datuk-siti-nurhaliza-kurang-senang-tersenarai-wanita-terkaya.html#sthash.MScCM4Mm.dpuf

3 comments:

Anonymous said...

Nampak cara tak setuju jatuh No.3 dgn jumlah asset 50Juta. Secara tak langsung fahaman saya Siti cuba hints yg asset dia lebih dari 50juta dan dia merasakan yg dia sepatutnya di No. 1.

Anonymous said...

maksud dato siti tu aset dia takdalah sampai sebanyak tu.. ada ramai lg wanita malaysia yg punya aset jauh lebih besar jumlahnya.. contoh wanita yg mengaku dirinya 1st lady..

Anonymous said...

Tahniah CT. Apapun jika kita berada di atas bantulah wanita2 yg baru merangkak dlm dunia perniagaan. Sbbnya dunia perniagaan Melayu selama ini susah nk membantu mereka yg lain kerana dikuatiri org yg dibantu lebih berjaya daripadanya.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung