Nuffnang

Saturday, February 21, 2015

Kenapa 5 Wanita Ini Digelar Wanita Terkaya Di Malaysia



Puan Seri Lee Kim Hua merupakan isteri kepada Tan Sri Lim Goh Tong iaitu orang yang sinonim dikaitkan dengan Genting Highlands dan transformasi empayarnyaBeliau pernah berada di senarai teratas individu paling kaya di negara ini tetapi selepas pemergian beliau pada tahun 2007, hartanya hartanya itu telah diturunkan kepada keluarganyaIsterinya telah mewarisi sebahagian besar kekayaan itu dan kini mempunyai aset bernilai RM21.32 bilion.

2. Datuk Michelle Yeoh


Datuk Michelle Yeoh merupakan satu nama besar dalam industri filem antarabangsa. Aktres kelahiran Ipoh, Perak ini pernah membintangi beberapa filem bersama Datuk Jackie Chan malah pernah berlakon dalam filem James Bond. Beliau juga telah terpilih sebagai salah seorang daripada 50 wanita tercantik dunia pada tahun 1997. Michelle Yeoh dianggarkan memiliki kekayaan berjumlah RM245 juta pada tahun 2013.

3. Datuk Siti Nurhaliza


Siapa tidak kenal dengan pemilik nama Siti Nurhaliza. Memulakan kerjaya dalam bidang nyanyian seawal 16 tahun, kehadiran Siti Nurhaliza benar-benar mencipta fenomena malah bakatnya telah berkembang keseluruh Asia. Pada tahun 2013, aset bersih Siti Nurhaliza dianggarkan sebanyak RM50 juta dan turut tersenarai sebagai salah seorang jutawan dalam bidang seni hiburan di Asia Tenggara. 

4. Pauline Chai


Pauline Chai merupakan bekas Ratu Cantik Malaysia pada tahun 1969 pernah mencatatkan kes tuntutan penceraian termahal kerana Pauline menuntut setengah dari aset bekas suaminya, Tan Sri Dr. Kho Kay Peng yang memiliki kekayaan sebanyak RM2.3bilion. Pauline menuntut sebanyak RM463,700 sebulan.

5. Datuk Nicol David


Datuk Nicol David merupakan kebanggaan Malaysia dan banyak mengharumkan nama Malaysia dalam sukan Skuasy. Beliau telah menduduki carta pemain nombor satu dunia. Asetnya dianggarkan sebanyak RM1.4juta pada tahun 2013. 

OHMEDIA: Dengan pencapaian yang mereka perolehi, mereka memang layak mempunyai aset sebanyak itu. Thumb up!

------------------------------------------------------------ 

http://ohmedia.me/official-tees
- See more at: http://www.ohmedia.my/2015/02/5-wanita-terkaya-di-malaysia.html#sthash.hVmjIxE0.dpuf

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung