Semalam masa saya scroll Instagram, terjumpa satu picture ni. Tapi tertarik nak stalk sampai laa saya jumpa Instagram Satishganesh ni.
Sahabat baik arwah Muhammad Amin yang telah meningal dunia 2 minggu lepas. Terbaca caption yang sangat menyentuh hati. Sedihnya.. Walaupun berlainan bangsa tetapi ikatan persahabatan mereka kukuh. Kadang terfikir di dalam ribuan kawan, siapa yang betul-betul menjadi sahabat kita?
Semoga tenang di sana. Al - fatihah
Muhammad Amin B. Sharudin
Tidur dengan nyenyak ekh sayang, aku sangat merindui dirimu, rindu nak dengar suara mu! Seorang kawan yang sejati seperti dirimu amat sukar ditemui.
Ameen, aku tak sangka kau pergi dulu Meen. Tapi aku ingat lagi bila ada orang tanya kat kau, kenapa tak pilih kaum sendiri untuk berniaga dan kau jawab,
"Bang, dia ni yang terbaik bang. Hidup mati saya dengan dia,"
Dan bila kita merancang sesuatu, mesti kau akan libatkan aku dan kau nak aku ada dalam semua group WhatsApp yang kau ada. Apa-apa yang kita buat mesti sama-sama kan Meen?
Nak beli kasut sama, baju sama, makan pun makan benda yang sama. Indahnya Meen, hari-hari yang kita bersama dan aku ingat lagi kau cakap dengan aku, harap tahun (ini) jadi tahun yang terbaik untuk kita.
Tapi kau pergi dulu kan? Tapi tak apa Meen, aku tahu disebalik semua ini ada hikmah. Tuhan nak tunjuk 'something' kat kita Meen. Walau kau tak ada kat sisi, tapi kau sentiasa di hati Meen. Apa-apa aku buat, aku akan fikir kau, baik buruk dan semua nasihat kau bagi aku selama ini akan terpahat dalam hati ini Meen.
Rindunya Meen dengan senyuman kau! Meen, aku janji Meen, aku akan cuba sedaya upaya untuk jaga semua orang yang kau sayang, keluarga dan kawan-kawan. Walaupun aku tak boleh ganti tempat kau, aku (akan) buat yang terbaik untuk mereka Meen. Kau tengok-tengokkanlah aku Meen eh. Apa yang kita mulakan, jangan risau Meen, akan ku teruskan perjuangan itu. Itu perjuangan kita yang kata nak berjaya. Aku yakin aku boleh Meen! Love you Meen!
#ameensharudin #satishganesh #wonderboibrothers #wonderboi47 #superboi #superboibrothers #friendship
Sahabat Ameen, kau lebih dari seorang sahabat. Aku masih lagi terfikir apa yang Tuhan cuba tunjukkan kat kita Meen. Walau jasad kau tak ada di sisi kami di dunia, tapi aku yakin Meen, kau berada bersama kami.
Kini aku boleh terima hakikat yang kau sudah tiada bersama kami. Tetapi sayang, aku belum cukup kuat lagi untuk lalui rintangan-rintangan yang sedang aku lalui. Berat bila aku lalui seorang diri. Aku sedang cuba yang terbaik untuk menjaga orang yang kau sayang Meen. Sebab itu tanggungjawab aku sebagai sahabat kau dan keluarga kau jadi keutamaan aku.
Aku akan pastikan mereka tidak susah Meen dan aku akan membantu mereka dalam semua perkara kerana ini tanggungjawab aku sebagai seorang sahabat. Persahabatan ini bukan sahaja di antara kita, malah keluarga. Bila kita berkawan dengan seseorang itu, secara tidak langsung keluarga kawan kita menjadi keluarga kita dan kini aku telah menganggap keluarga kau macam keluarga aku sendiri.
Aku ingin berubah, berubah menjadi insan yang baik dan jikalau giliran aku pula menghembuskan nafas terakhir, aku ingin disayangi oleh ramai (orang) seperti beliau.
Ameen, janji aku selagi aku bernyawa, selagi aku bernafas persahabatan kita masih erat! Persahabatan ini hanya akan berakhir bila nadi jantungku berhenti buat selama-lamanya.
Semoga kau tenang di sana dan semoga kau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. I love you Meen!.
#alfatihah #ameensharudin #satishganesh #wonderboi47 #superboi47 #persahabatan
Ditulis semula untuk siaran di The Hype Media (http://www.thehypemedia.com)
Kredit - Nur Walilah
1 comment:
Persahabatan dan muafakat yang jitu
Post a Comment