Nuffnang

Tuesday, February 10, 2015

GURU WANITA INI TOLAK DUIT HANTARAN RM18,000 KE BAWAH

Gambar hiasan

Seorang guru wanita memuat naik status di laman Facebooknya yang boleh membangkitkan kemarahan kaum Adam akan ayatnya yang berunsur penghinaan.

Guru wanita yang menggunakan nama Cikgu Nur Wafidah Damia memuat naik status bahawa para wanita sewajarnya hanya menerima hantaran perkahwinan paling minima sebanyak RM18,000 dan paling tinggi, RM35,000 hingga RM40,000 ke atas.

“Wajib minta hantaran tinggi pada pihak lelaki. Paling rendah RM18,000. Paling tinggi RM35,000 - RM40,000. 

“Lelaki yang tak mampu wajib halau dia dan jangan dijadikan kekasih atau suami. Layak dia kahwin dalam reban ayam bersama dengan ayam ternakkan,” katanya.


Andaikata beginilah permintaan setiap wanita, tidak hairanlah jika ramai lelaki yang membujang untuk jangka masa yang lama. 

Bagaimanapun, setelah disiasat, akaun Facebook 'guru' terbabit hanya mempunyai seorang rakan sahaja dan kami anggap ianya adalah akaun palsu yang digunakan untuk melepaskan geramnya terhadap seseorang. 

2 comments:

♥ Nana BamBam ♥ said...

Salam.

bagi saya nilai hantaran yg dinyatakan cikgu tu amatlah membebankan kaum lelaki bujang yg belum berkahwin.


dengan harga barangan yg mahal serta penambahan GST, saya rasa kita boleh cari alternatif untuk menjimatkan kos kenduri dan juga barangan hantaran.

pada pendapat peribadi saya, saya lebih suka walimah perkahiwnan yg sederhana, utk barang hantaran tu, saya lebih suka hadiahkan makananan dri benda, kerana lepas kahwin pun boleh beli sebagai hadiah kahwin :)

skg ada katering yg beri pakej murah..boleh search nama zukicatering.

abah said...

Nana oiii.. Kalau rasa terbeban jgn lah guna catering.... Sy anak nak kahwin.. Sy ckp dkt pihak lelaki yg dtg meminang anak Sy.. Sy tak tetapkan berapa hantaran mereka nak bg... amaran Sy pd pihak lelaki hanya satu.. Sy tak nak dengar bakal menantu Sy berhutang.. hantarlah berapa pun Sy terima.. dgn sedikit simpanan pencen Sy.. Mmg Sy keluarkan sedikit utk buat khenduri... buat majlis biarlah kerana ALLAHtaala.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung